Wednesday, April 04, 2012

Senario Hari Ini

Bila melihat terlalu banyak peristiwa yang menyayat hati berlaku sejak akhir-akhir ini, hati mula tersentuk, mengapa dan kenapa ianya berlaku?

Jenayah dan propoganda politik kini semakin menjadi-jadi, adakah struktur pentadbiran sekarang yang menjadi punca masalah atau penglibatan dan pergaulan serta hubungan jiran tetangga yang memberi peranan dan kesan.

Tindak tanduk dan perkara yang berlaku sukar kita bayangkan dengan akal. Kadang-kadang peristiwa yang berlaku membuatkan kita semakin alpa dan lupa. Sebahagian daripada kita hanya memandang sebelah mata seperti tiada apa. Apakah sudah tiada nilai-nilai kemanusiaan yang ada pada setiap diri manusia ataukah sengaja dibiarkan perasaan itu demi menjaga kepentingan peribadi semata.


Sesungguhnya rakyat Malaysia sepakatlah dan bermuafakatlah demi masa depan Negara.




Wednesday, November 30, 2011

Mengamalkan Diet seimbang

Lamanya tak berblogger...
Bila melihat hasil tulisan kite sebelum ni, tak percaya pula kita yang menulis, sehinggakan kekadang menimbulkan isu...andai kata kite ni penulis mesti seronok tak terkira bila hasil karya kita di baca dan diterima.

Terpanggil kembali untuk teru menulis, semoga selepas ini saya semakin rajin menulis. Sebenarnya sekarang ni saya sedang mengamalkan memakan Jamu. Entah kenapa sejak akhir2 ni badan saya rasa kurang sihat.

Alhamdulillah pagi tadi bila bangun terasa sihat je tubuh. Mula-mula makan Jamu badan saya terasa sakit-sakit dn kebas kaki. Mungkin kesan dari pengambilan Jamu ni.

Selepas ni kalau ada masa saya update pula status kesihatan selepas mengamalkan Jamu ni.

wassalam

Monday, July 25, 2011

BIrThDaY My LOve










Ibu x sempat beli kek untuk abi tapi sempat jugalah buat kek yang tak seberapa ini untuk santapan abi n anak2...syafiq suka sgt kek tu sbb dia moist coklat...ibu x suka sgt mkn kek...buat bolehlah....untuk abi,semoga panjang umur dan dipermudahkan rezeki....




wassalam

Sunday, March 21, 2010

Alhamdulillah





Syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya saya masih lagi mampu memikul tanggungjawab yang besar dengan harapan bebanan dan tanggungjawab ini selari dengan hasrat dan keinginan hati supaya tidak alpa dan lupa kepada kebesaran dan keesaanNYA....

Sesungguhnya kadang kala manusia alpa dan lupa akan asal kejadianNYA menyebabkan kita semakin angkuh dan sombong menikmati kekayaan dunia...saya sentiasa berpesan pada diri supaya sentiasa melihat ke bawah walaupun kadang kala kita berada di atas...dan harapan saya supaya semua yang membaca blog ini sentiasa memberi nasihat dan panduan kepada diri saya supaya mejadi isteri, ibu dan pentadbir yang cekal, tabah, ikhlas dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai hambaNYA.

Sudah sekian lama saya tidak membuka blog yang seakan bersarang kerana kesuntukan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan...menulis di blog ini membuatkan ilusi hati semakin dirasai, kepada anak-anak didik saya yang masih lagi meninggalkan jejak dalam blog ini...jangan lupakan saya...kerana saya sentiasa ingat kalian semua...yang dah dapat kerja, syukur...bekerjalah dengan sebaik-baiknya...yang masih belajar tu...be a good student coz i'm a good leader...hehehe...perasan sikit....

Semoga semuanya dalam keadaan baik.

wassalam