Sunday, March 21, 2010

Alhamdulillah





Syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya saya masih lagi mampu memikul tanggungjawab yang besar dengan harapan bebanan dan tanggungjawab ini selari dengan hasrat dan keinginan hati supaya tidak alpa dan lupa kepada kebesaran dan keesaanNYA....

Sesungguhnya kadang kala manusia alpa dan lupa akan asal kejadianNYA menyebabkan kita semakin angkuh dan sombong menikmati kekayaan dunia...saya sentiasa berpesan pada diri supaya sentiasa melihat ke bawah walaupun kadang kala kita berada di atas...dan harapan saya supaya semua yang membaca blog ini sentiasa memberi nasihat dan panduan kepada diri saya supaya mejadi isteri, ibu dan pentadbir yang cekal, tabah, ikhlas dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai hambaNYA.

Sudah sekian lama saya tidak membuka blog yang seakan bersarang kerana kesuntukan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan...menulis di blog ini membuatkan ilusi hati semakin dirasai, kepada anak-anak didik saya yang masih lagi meninggalkan jejak dalam blog ini...jangan lupakan saya...kerana saya sentiasa ingat kalian semua...yang dah dapat kerja, syukur...bekerjalah dengan sebaik-baiknya...yang masih belajar tu...be a good student coz i'm a good leader...hehehe...perasan sikit....

Semoga semuanya dalam keadaan baik.

wassalam