Sunday, July 26, 2009

AsAL uSuL soLaT

ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.


"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

AKAN KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT

Saturday, May 09, 2009

Pulau Perhentian

Masa ni last dinner di Pulau Perhentian, banyak aktiviti yang saya tak dapat sertai...flying fox, climbing, water confident dan banyak lagilah aktiviti yang menarik tapi tak dapat sertai almaklumlah dah berbadan dua ni...jadinya tak bolehlah buat aktiviti lasak..tapi memang best dan menarik sangat...pengalamn baru buat saya yang tak pernah buat aktiviti lasak macam ni..

lupa lak nak upload gambo member yang lain,seronok tgk mereka buat aktiviti..nanti ah..hehee...

11-14.5.2009 ni kita orang kena attachment dekat beberapa pejabat dan majlis daerah..saya dan 3 rakan lagi ditempatkan di Majlis Bandaraya Terengganu...rakan yang lain di pejabat daerah marang, pejabat daerah kuala terg, pejabat tanah marang, dll...selepas jer attachment ni, kemungkinan kita orang akan posting di daerah...doakan saya di tempatkan di daerah yang berdekatan dengan keluarga....

wassalam

Saturday, April 18, 2009

Salam Perpisahan buat SKKM IKM Besut

Assalamualaikum semua warga SKKM..

Terlebih dahulu mohon maaf atas perpisahan yang tidak diduga,
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua di atas kerjasama serta jasa baik yang telah kalian semua berikan...persahabatan yang terjalin tidak sesekali dilupakan...jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara dan tersasul kata harap dimaafi...

Buat anak didikku...

The Great Pleasure in life is doing what people say you cannot do...
Buat yang terbaik untuk memperbaiki diri serta sahsiah terpuji.
Semoga kalian semua berjaya menempuh kejayaan yang gemilang..

Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu...

Doakan kemajuan saya dalam bidang tugas yang baru.

salam perpisahan buat semua.

wassalam


Terima kasih atas ucapan dari sistem pesanan ringkas: (kata2 kalian amt berharga)

fatin
>>Salam, cik ni fatin..sy dh tkar numbr..msg yg cik bg tu.. sy bru dpt bce..ktrang tkejut gila2 r cik dpt keje kt tmpt lain..nnti sy bg dorg bce msg cik ur, insyaAllah..e2pun ktorg dpt tw cik zaiton yg bg tw hr khamis hr2..rasa kosonglh skkm nnti cik,ngan sape ktorg nk ngadu cik? sy ingt lg hr ktorg tnam pokok ngan cik hr2,byk gle knangn kt c2..sdih kalu nk ingt blik.

sha sem3

>>Kami semua tkjt bile dgr berite sedh ni. Ap2 pun jgn lupekn kami. kenangan kami dgn cik ms knduri 2 xkn kmi lupekn.

unknown1
>>M'genali s'sorg 2 kdgkala m'buatkn kami m'alirkn airmta. S'sunguhnye m'genali cik mampu m'berikn kami s'juta rse..syg,rndu dll..tp sdrkh kami?m'genali pn sharifah sbnrnye adalh ANUGERAH yg x trnilai.. biarpun hdrnya s'ktika @ s'kdr kakak kami smntre..jd kami berdoa agar kta akn btemu kembali suatu ari nanti..

unknown2
>>Wish u gdluck

unknown3
>>Salam. tahniah dpt keje bru. Bes la

unknown4
>>tahniah di atas perltkan jawatan baru.

my sis1
>>Tahniah... dgr kabo blh jd org bsr dh..

my sis2
>>Slm, dgr dh dpt jd EDO!wah bestla na!katne kena btgs2?cgratulations!!

Pn. Aishah
>>Tahniah..semuga maju jaya. Slamat b'kursus.

Pn. Faizah
>>W'salm..Taniah..


Wednesday, March 18, 2009

Di TaMaN TeMaN (Buat ank didikku)

Tulus berkembang suci bunga
Harum
cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik
manja asyik fana

Dikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki tamanmu
Benar indah amat indah

Dikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauh kuberlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benci

Biar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguhkan dihatiku

Percayalah.. Kau Inderaloka..
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini..

Thursday, March 12, 2009

kEteRlAlUaN



Kadang-kadang kesabaran itu ada batasan, sebagai seorang pendidik kesabaran sangat penting untuk mendidik serta membimbing anak-anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna.


bila kita diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran oleh keterlaluan yang tiada batasan, mulut seakan terkunci, hati seperti diciat tak terperi.


anak didikku..


mengertilah,

marah bukan bermakna kita benci,

cuba jangan di salah erti,

air mata mengalir tanpa henti,

hati pedih tak terperi.


mungkin mata di kaburi,

tapi lihatlah dengan mata hati.


Thursday, March 05, 2009

Maulidur Rasul

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12
Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat
Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Thursday, February 26, 2009

SeLaMat MeNjAlaNi UjIan



Buat anak didikku, selamat menjalani ujian yang sudahpun berlangsung. Semoga kalian semua mendapat petunjuk dan hidayah. Sentiasalah berdoa dan berusaha lebih gigih.

Usaha itu tangga kejayaan, kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang berterusan. Jadilah hari ini sebagai platform untuk berjaya kelak.

Tip pelajar pintar:-
  1. Pilih waktu yang sesuai untuk belajar
  2. Suasana yang nyaman dan selesa
  3. Membentuk kumpulan yang tidak terlalu ramai
  4. Membaca seberapa kerap
  5. Memahami bukan menghafal
  6. Mencatat "Keyword" penting
  7. Menghafal "Keyword"/ kata kunci
  8. Latih sendiri kemampuan tanpa melihat nota
  9. Ambil masa untuk rehat
Semoga Berjaya.

Pn. Sharifah

Monday, February 16, 2009

cEriTa SeRam

Saya sebenarnya kurang faham apa sebenarnya motif dan pengajaran yang kita dapat bila menonton televisyen. Terlalu banyak cerita dongeng dan karut disiarkan dalam televisyen sekadar memenuhi kehendak penonton. kalau dulu cerita berunsur seram atau menakutkan diharamkan, tetapi kini sudah menjadi satu trend.

Semua cerita, filem bahkan lagu2 sendiri sudah dimasukkan dengan unsur2 menyeramkan. Saya sendiri semakin terjebak dengan menonton filem2 seram (tiada pilihan). Boleh dikatakan semua drama yang disiarkan berunsur mistik, syirik dan kurang pegangan agama.

Sebenarnya banyak perkara-perkara negetif yang berlaku apabila cerita menakutkan dipertontonkan. Mungkin ada sedikit pengajaran tetapi yang selebihnya hanya mengundang kecelakaan. Cerita berunsur begini boleh menyebabkan kanak-kanak semakin takut, belajar sesuatu yang tidak sepatutnya, seperti menyembah selain ALLAH, kerana kanak-kanak masih tidak tahu menilai dan mengolah cerita, bagi mereka apa yang mereka lihat itulah yang berlaku.

Anak saya sendiri semakin meracau bila tidur malam, pandai lak tunjuk itu dan ini, sehinggakan saya sendiri naik seram. Mengarut betul....kalau anda semua perasan bolah dikatakan setiap petang dan malam ada je cerita seram yang dipertontonkan.

Sekarang saya lebih suka menonton OASIS kerana lebih bersifat keTUHANAN, ada sahaja Zikrullah yang disiarkan untuk santapan halwa teliga kita.

Semoga industri penyiaran semakin bijak kerana merekalah penyumbang utama kepada moral insan.

Sunday, February 15, 2009

SENYUM

Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.

Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,

Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Tuesday, February 10, 2009

Pesanan Buat anak didikku

Anak Didikku,
Engkaulah penyambung warisan,
menegakkan keadilan,
tika alpa menerpa.

berjuanglah dari sekarang,
sebelum malang menimpa,
sebelum hilang arah punca.

Anak Didikku,
bangunlah dari tidur,
bukalah mata,
celiklah minda.
berfikirlah.

perjuangan belum selesai,
janganlah tidur dalam jaga,
kelak binasa jiwa dan raga.

Wednesday, February 04, 2009

Panas Baran

Terbaca di dada akbar semalam, "Isteri dicampak dalam sungai". Sungguh memalukan, tindakan melulu dan tidak berperikemanusiaan. Lepas kejadian, cuba pula pujuk isteri supaya jangan dipanjangkan kes tolak dalam sungai tu, aku masih sayangkan kau?....sayang???

Bila difikir-fikir, beginikah sikap yang sepatutnya ditonjolkan oleh seorang suami yang sepatutunya menjadi seorang pembimbing dan ketua dalam rumah tangga.

Geram betul dengan sikap manusia yang panas baran macam ni, agaknya sudah tiada akal dan memang tiada iman di dada....bukankah marah itu sifat syaitan, agaknyalah memang dan sifat tu yang ada dalam diri diakan....pimpinlah diri sendiri dulu.

Sunday, February 01, 2009

SMS curang

seawal pagi saya memandu kereta ke tempat kerja....macam biasa saya akan terus buka radio, saya sangat tertarik dengan isu yang disampaikan pagi tadi, sms curang....

saya sebenarnya sangat takut dengan situasi macam ni, terlalu bebas sehinggakan boleh menghantar pesanan ringkas berbaur lucah ke telefon bimbit pasangan, tak kira pasangan yang dah kahwin mahupun yang masih bujang....yang sangat membimbangkan adalah mereka yang sudahpun mendirikan rumah tangga sanggup melayan suami orang dengan mesej yang tidak sepatutnya....inikah tradisi yang sepatutnya dibawa?...tidak bukan..

saya sentiasa berdoa agar saya tidak tergolong dalam perangkap cinta begini.."laki orang, bini orang"...selalu sangat kita dengar masalah ini berlaku, yalah sepatutnya di tempat kerja kita harus menjaga tatasusila kita sebagai seorang isteri....

kepada mereka yang tergolong dalam situasi ni, hentikanlah, banyak perkara lain yang lebih berfaedah...

wassalam

Thursday, January 22, 2009

sInAr BaRu BuAt My Blog..

Lama sungguh blog ini bersarang, bukan tiada berita penting atau maklumat baru yang hendak disampaikan untuk tatapn semua tapi kekurangan masa dan tempat yang kurang sesuai...bersempana dah ada lab sendiri jadi tak segan silulah kalau nak mengedit mahupun mengemaskini my blog ni...sebenarnya dah pernah kena sound dik boss sejak lama dulu jadi, tersentak lah sekejap...tapi alhamdulillah, saya kembali lagi untuk semua....semua dapat berkongsi cerita dan maklumat bersama......salam dari saya