Sunday, December 17, 2006

KASIH SAYANG

Manusia dikurniakan Tuhan dengan sifat kasih-sayang dan kelembutan terutamanya wanita. Bukan sahaja menyayangi sesama manusia malah binatang atau tumbuh-tumbuhan kerana sesungguhnya semua itu adalah makhluk Allah yang bernyawa dan sudah pastinya mempunyai perasaan macam kita. Cuma yang membezakan kita adalah akal....kenapa manusia yang berakal tidak boleh berfikir dengan waras.? Kenapa manusia yang berakal lebih kejam daripada binatang.?

Perkembangan dan pembangunan arus kemodenan tidak boleh dijadikan alasan. Seharusnya kematangan dan kemodenan sejajar dengan pemikiran, barulah aman. Hidup bukan lagi dalam ketakutan dan kesengsaraan.

Peliharalah, sesungguhnya kasih sayang itu lahir dari diri setiap insan. Hanya perlu meluahkan rasa kasih itu dengan belaian dan kemesraan. Percayalah akan terbit rasa keharmonian dan kedamaian dari terpancarnya kasih sayang.

wassalam

Tuesday, December 12, 2006

TIADA KEMANUSIAAN

Bermacam-macam berita terpangpang di dada-dada akbar dan berkumandang di corong-corong radio dan tv. Kes rogol, tetak, bunuh, rompak, ragut dan paling menyayat hati saya kes Bayi dicampak di Projek Perumahan Rakyat Pudu Ulu Cheras dari tingkat atas. cuba bayangkan bayi yang baru dilahirkan yang mempunyai pertalian darah dengan manusia, terburai dan hancur hingga terkeluar isi perut dan sebagainya....

Manusia yang bersifat binatang dan lebih dari binatang...iblis, syaitan, jin yang bertopengkan manusia....kenapa sudah hilang sifat kemanusiaan dalam diri...tidak kiralah berbangsa mana dan beragama mana sekalipun...bencinya....bodoh...KENAPALAH MANUSIA SEPERTI INI MASIH ADA DALAM DUNIA.....

Tuesday, November 28, 2006

Kau Laksana Bulan



Susahnya nak cari buku area Terengganu ni, lebih-lebih lagi kat besut tempat tinggal saya ni...mmmm...sukanya hati ni bila dapat buku ni..tupun kebetulan saya ke KL...jadi ambillah peluang ni ke kedai buku kat jalan TAR...bestnya dapat borong buku...

bagi saya selain jalan cerita yang menarik karnaDya mampu meransang pembaca dari cover yang ditampilkan dengan warna dan gambar yang menarik...dari situ sudah timbul minat untuk membaca.

jangan biarkan hidup ini kosong tanpa diisi, jangan bazirkan masa yang berharga tanpa dipenuhi....

Monday, November 27, 2006

WANITA


Puisi ini saya terima dari rakan2 JDK. saya kira elok dijadikan tauladan dan panduan untuk kita semua. Buat yang dah beristeri, jagalah, belailah, pujuklah dan tolonglah isteri anda. Buat yang bakal bergelar suami pelajarilah, pertimbangkanlah, hayatilah dan fahamilah istilah SUAMI. Jangan biarkan keegoan menghancurkan rumahtangga anda.

"Ujar lelaki, wanita itu lemah"
"Ujar wanita, mereka adalah lembut"
Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam

Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malaslonglai terlentang

Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai dihadapan tvtidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yangberselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanitamengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan...

Tuesday, November 14, 2006

Thursday, November 02, 2006

KeSeNiAn

Assalamualaikum....

Berada di alam maya ini, saya mengenali ramai orang, telatah dan teladan, juga teguran, cemuhan dan perbahasan. Membaca setiap bait kata dari setiap tinta atau pena yang ditulis oleh penulis yang sudah tentunya mempunyai banyak pengalaman membuatkan hati ini terasa kerdil. Namun bila tulisan kita juga dibaca hati mula terasa girang. Masih ada yang sudi meluangkan masa berkongsi pengalaman dan nasihat. Terima kasih buat semua yang pernah memberi dan membakar semangat di jiwa.

Bila direnung sejenak, coretan, tulisan, bait2 kata itu adalah kesenian yang tak ternilai harganya. Kekadang emosi kita terganggu, hati ini rasa pilu, sedih, gembira, suka dan duka hanya kerana bait2 kata yang dibaca. Begitu bernilainya sebuah karya yang penuh dengan kesenian yang hakiki.

Kekadang saya sendiri rasa hairan, kenapa begitu laju saya menulis sedangkan saya seorang yang pendiam dan kurang bercakap. Mungkin disinilah peluang saya untuk meluahkan apa yang dirasa dijiwa, terasa lapang dada bila ayat2 terakhir kita sudahi. mmm...rupa2nya tulisan itu adalah satu kepuasan buat kita. Dan adakah semua penulis mempunyai jiwa dan perasaan yang sama.

Melalui tulisan sedikit sebanyak kita mengenali siapa diri kita, melalui pembacaan dan penelitian kita mulai tahu apa yang kurang pada diri kita. Kekadang hati kita boleh jadi lembut bila membaca, jiwa kita rasa tenang, perasaan kita rasa tenteram. Begitu hebatnya kesenian yang ada dalam setiap patah kata, dari setiap baris ayat. Dari setiap kritikan dan komen yang membina juga kita boleh rasa keikhlasan yang ada.

wassalam

Tuesday, October 17, 2006

kerja-kerja

assalamualaikum...

sudah sekian lama saya tak menulis dalam ruangan blog ni, sekarang dah akhir Ramadhan, Syawal dah makin hampir mempamirkan wajah. Tahun ni pertama kali saya beraya dengan anak, yelah baru ada anak pertama. Baju raya anak dengan suami tak sempat lagi nak pergi cari, sibuk dengan tugas hakiki sebagai tenaga pengajar. Tak di tambah lagi dengan tugas-tugas tambahan, sekarang masih sibuk menyiapkan modul untuk silibus baru subjek Information Technology. Pening kepala memikirkan tugas yang belum selesai, dah naik muak mengadap PC ni, matapun semakin penat dan letih. Tapi itulah yang dikatakan tanggungjawab, seberat manapun kerja, sepayah manapun tugas, dan sesusah manapun bebanan, semua itu terpaksa kita lalui demi melaksanakan tanggungjawab yang diberikan pada kita.

Bila difikir balik, kenapalh kita ni selalu sahaja merungut pasal kerja, bukankah itu rezeki yang kita akan perolehi. Bila renung rakan-rakan senasib yang masih lagi terkial-kial mencari kerja, barulah hati ini terdetik, bertuahnya kita dikurniakan Allah rezeki daripada pekerjaan yang kita perolehi. Bukankah beruntungnya kita mendapat rezeki tanpa meminta dan meraih simpati dari sesiapa. Kita dah mampu memiliki apa yang kita inginkan daripada rezeki yang kita perolehi. Apa yang perlu kita buat hanyalah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pekerja dengan ikhlas dan jujur, barulah kita bekerja dengan hati yang senang dan tenang. Kekadang kita ni selalu je tak puas hati dengan apa yang kita miliki, ada sahajalah yang tak kena, padahal kita dah tersangat beruntung. Apa yang penting masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing.

Beruntungnya kita bekerja dalam keadaan berhawa dingin dan hanya duduk di kerusi, hanya sesekali bangun bila dipanggil atau ada tugas-tugas lain. Mereka di luar sana terpaksa bekerja di bawah terik matahari, memikul bebanan yang lebih berat dari timbangan sendiri, berpeluh dan berjalan kaki. Beberapa minggu lepas saya ke bandar Kuala Terengganu, melihat seorang pakcik tua yang mengayuh beca dalam keadaan panas terik dan berpuasa, mencari pejalan-pejalan kaki yang ingin menaiki beca tuanya. Setiap kayuhannya membuatkan hati kecil kita merintih, apatah lagi melihat dia bersungguh-sungguh mengayuh di saat lampu isyarat hijau, bimbang kalau-kalau lampu bertukar merah, yang bekereta pantas melintas satu persatu, namun pakcik tua terpaksa bangun sambil mengayuh, sedih bukan. Sesekali terfikir, diusia yang sebegitu sepatutnya dia dah boleh berehat dan beribadat tanpa berfikir untuk mencari rezeki, anak-anaklah yang bertanggungjawab memberi sumbangan kepada ibubapa masing-masing. Tapi siapa kita untuk menentukan segala, kita tak mampu mengetahui apa masalahnya.

Apa yang penting, sama-samalah kita bersyukur dengan Rezeki yang Allah curahkan pada kita tanpa mengeluarkan peluh dan tenaga yang besar.

wassalam

Monday, October 02, 2006

Mengawal Marah

Bila perasaan tertekan mengundang, bila masalah mula muncul dan bila diri sudah mula hilang kawalan, perasaan marah diluar batasan. Saya sendiri tidak boleh menahan malahan masih belum berjaya mengawal marah 100% apabila sesekali pergaduhan tercetus, tak kiralah antara kita dengan sahabat, antara kita dengan bos atau antara kita dengan pasangan juga dengan masyarakat. Dalam keadaan kita yang tertekan dan apabila anasir-anasir jahat menghasut mungkin kecelakaan berlaku, lebih parah, lebih kusut dan makin berserabut. Tetapi itu bukannya jalan penyelesaianya.

Beberapa hari sebelum ni, saya kemalangan dengan sebuah kereta, masing-masing menegakkan siapa yang benar, yelah kalau tanya pada saya, saya akan cakap bukan salah saya, dan sebaliknya andai anda bertanya pada dia, sudah tentulah dia cakap dia tak bersalah. Saya ingat masalah itu selesai macam tu je, sebab selepas dia tengok kereta saya, dia terus pergi. Masalah sekarang bukan siapa yang betul dan siapa yang salah, tetapi adab kesopanan dan tatasusila. saya berkata begitu kerana selepas beberapa hari kemalangan, dia datang kerumah dalam pukul 6.45 petang, saya tengah siapkan makanan untuk berbuka puasa. Dengan tiada perasaan malu meminta ganti rugi dari suami saya, suami saya sedaya upaya menegakkan kebenaran supaya kita selesai secara damai, yelah saya juga terpaksa repair kereta. Tetapi sebaliknya dia enggan mengalah sebaliknya mencapai kayu untuk memukul suami saya. Dalam keadaan berpuasa, lapar dan dahaga, tidak terlintas ke di fikiran dia yang dia perlu mengawal perasaan marah itu, umur diapun dah setengah abad, masing-masing dalam keadaan marah. Sepatutnya kejadian macam ni tak berlaku. nasib baik jiran menyelamatkan keadaan, tetapi tak sudah dengan itu dia mengugut suami saya yang dia akan serang balik.

Teruknya situasi yang berlaku sekarang ni, kita terpaksa mengalah walaupun kita tak bersalah untuk meleraikan kekusutan. Suami saya terpaksa membayar kerugian untuk kereta dia dan juga kereta yang saya guna. Kenapa begitu sukar mengawal marah, sedangkan kita diberi akal fikiran untuk berfikir, keimanan untuk bersabar dan mengawal marah. Betapa pentingnya nilai sabar dalam diri setiap insan. Tips yang paling penting untuk mengawal marah ialah bersabar, kesabaran itu akan menunjukkan kita jalan kebenaran. Kerana kesabaran itu mengasuh kita untuk lebih berhati-hati ketika bercakap, dan melakukan apa-apa perbuatan.

Jadi sama-samalah kita berfikir, cukupkah nilai kesabaran yang ada pada diri masing-masing, kerana kita tidak akan terlepas dari menghadapi dugaan dan cabaran yang semkin mencabar. Kalau tahap kesabaran kita tinggi Alhamdulillah kita akan berjaya mengawal segala kekusutan, masalah dan perasaan marah yang akan datang, InsyaAllah.

Wassalam

Wednesday, September 27, 2006

Suami vs Isteri

karya ini saya ambil dari blog member, saya kira karya ini bagus untuk dijadikan tatapan kita bersama...

Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang, boleh mengambil I'tibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu mengajar..

Untuk suami.. renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa
Aisyah pun tidak setabah Fatimah..
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita
menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya..
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya..
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya .
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.. Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W..
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..
Untuk isteri.. renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W.. Tidaklah setaqwa Ibrahim Alaihissalam..
Pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana..
Justeru kamu akan tersentak dari alpa?.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga..
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara ..
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...
Justeru itu wahai para suami dan isteri.jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia
Rasulullah
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat
Sulaiman dan
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar
dan Sarah

Thursday, September 21, 2006

komitmen

Senario yang berlaku hari ini, bila suami menolong isteri, suami akan digelar "takut bini". Kenapa kita tak tukarkan istilah "takut bini" itu kepada "sayang bini", kan lebih manis bunyinya. Dunia hari ini kedua2 pasangan bekerja, kita ada kerja kita dan pasangan ada kerja dia. Mengapa harus istilah takut bini ini digunapakai. Tak adil bukan, kita sama-sama bekerja, tak kiralah dekat atau jauh, tapi komitmen kerja itu tetap sama, dan kita banyak habiskan masa kita di pejabat daripada di rumah. Jadi komitmen kita pada pasangan selalu terabai.

Saya cukup kagum dengan suami yang sangat memahami tugas isteri, tidak mendesak isteri, yelah sama-sama penatkan, jadi sama-samalah faham keadaan dan situasi yang berlaku. Mengapa perlu menggunakan kuasa "veto". Kalau dulu bolehlah, sebab isteri tidak mencari nafkah, hanya duduk dirumah, yang dia tahu tiap2 bulan dia dapat nafkah, tetapi dunia sekarang isteri sendiri mencari nafkah, sepatutnya para suami ni berterima kasih kepada isteri kerana keperluan yang sepatutnya disediakan oleh suami dipikul juga oleh isteri. Jadi pasangan saling melengkapi antara satu sama lain, jadi dah tak wujud sekarang siapa yang berkuasa. Dan tak adil bukan kalau isteri langsung tidak boleh menegakkan apa yang betul.

Memang betullah syurga itu di bawah tapak kaki suami, tetapi perlu ingat suami yang macammana?, kaki judi? penagih dadah? kaki pukul? sudah tentulah suami yang kuat pegangan agamanya, penyabar dan suami yang tahu tanggungjawabnya. Apa yang salah takkan kita nak iakan, itu dah silap. Tugas suami melindungi isteri, isteri adalah amanah dari Allah, jadi jangan sesekali mengsia-siakan amanah itu. Letakkanlah isteri di tempat yang sepatutnya, bukan menjadi hamba abdi.

Disebabkan istilah "takut bini" inilah para suami takut membuat kebaikan. Suka menegakkan kuasa veto dan mempertahankan siapa yang lebih berkuasa. Salahkah kita membuat kebaikan kepada isteri kita sendiri. Dan disebabkan istilah inilah suami semakin liar dan ingin menunjukkan kuasa masing-masing, rumahtangga semakin pincang dan hidup makin tidak tenteram. Tunjukkanlah komitmen yang baik kepada pasangan masing-masing, komitmen inilah yang perlu kita tunjukkan kepada pasangan masing-masing supaya pasangan rasa dihargai, disayangi dan dikasihi. Komitmen yang macammana?

1. Masa
- luangkanlah masa dengan sebaik-baiknya dengan pasangan masing-masing. Masa yang Berharga itu amat penting untuk meleraikan segala kekusutan yang melanda dalam rumahtangga.

2. Kasih-sayang
- Komitmen kasih sayang, belaian, sentuhan, cubit-cubit sayang itu penting dalam rumahtangga yang harmoni, kerana komitmen inilah pasangan rasa dihargai.

3. Pendengar yang baik
- komitmen ini juga sama pentingnya, kita akan rasa selesa bila pasangan memberi komitmen yang baik dalam mendengar kita bercerita. bila pasangan buat endah tak endah, kita rasa betapa hinanya diri kita bukan?. Kemana lagi harus kita luah kalau bukan dengan pasangan masing-masing. Jadilah pendengar yang baik untuk mendapatkan output yang baik.

4. Mengalah
- mengalah adalah cara yang terbaik, tetapi ianya amat sukar kerana masing2 mempunyai ego masing-masing.

5. Menghormati
- Hormati pendirian masing-masing. Andai kita menghormati pasangan, sudah tentu pasangan juga menghormati kita. Kita perlu menghormati antara satu sama lain, bukan di sebelah pihak sahaja. Rasa hormat itu akan timbul kalau pasangan menghormati kita. Istilah takut pada pasangan adalah bukan rasa hormat, rasa hormat itu sesuatu yang mulia, bukan kerana kita takut kepada pasangan. Berdosa andai kita membiarkan pasangan merasa takut dengan kita, sedangkan isteri dikurniakan oleh Allah untuk suami adalah untuk di belai, dimanja, dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya.

jadi sama-samalah kita menjaga hati masing-masing dan gunalah komitmen yang baik.

wassalam

Wednesday, September 13, 2006

KESABARAN

Kesabaran sentiasa menguji iman, iman yang kuat akan dapat mempertahankan hati dan perasaan ini daripada goyah. Begitu pentingnya nilai kesabaran setiap insan, kesabaran memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang begitu kental dan cekal.
Kekadang kesabaran menguji minda, kemana keputusan yang harus dipilih, kemana arah yang harus dituju. Semua itu bergantung kepada tahap kesabaran seseorang, sesetengah orang tidak tahan sabarnya apabila kita menggangu hatinya, namun sesetengah pihak tidak boleh mengganggu fizikalnya. Itu semua bergantung kepada setiap individu, anda sendiri boleh berintuisi dengan diri sendiri, dimana tahap kesabaran anda.
Semakin hari semakin banyak kesabaran yang menguji minda. Bila diri dihina, bila hati dicela, bila mental didera, bila perasaan dipaksa dan bila emosi diganggu. Semua ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...namun bila tahap kesabaran itu memuncak, imanlah yang menjadi tahap pengukurnya. Kita akan bertanya kenapa kita didera, dihina, dicela, dipaksa dan diganggu. Adakah kesalahan itu berbalik pada kita, andainya kita mempunyai hak bersuara, kenapa masih membisu seribu bahasa. Kalau semua itu bukan salah kita, kenapa membiarkan kita ditindas, diherdik dan dicerca.
Sukarnya membuat pilihan dan keputusan andai kita bermain dengan perasaan, kemana harus kita luah, dimana harus kita celah dan bagaimana harus kita mengalah.

wassalam

Wednesday, September 06, 2006

Don't be emotional

Assalamualaikum....
sidang pembaca yang dihormati, kita beremosi bilamana hati dan perasaan kite terganggu kerana sesuatu perkataan, perbuatan malahan teguran....namun niat saya mengarang dalam blog ini bukan untuk menyindir atau mengata seseorang...saya cuma mencoretkan apa yang saya rasa dan setiap coretan yang saya tulis saya rasa puas hati...sebab minat saya pada penulisan sangat tebal...saya juga bukan mengarang sekadar suka2...ada makna di sebalik kata, ada motif di sebalik cerita....
maafkan saya...sayapun sedikit emosi sekarang...seorang sahabat yang saya tidak kenali....menghantar email kepada saya menyatakan rasa tidak puas hati atas cerita "Delima Wanita" yang saya olah....saya tak bermaksud untuk menyinggung hati sesiapa.....malah saya tak kenalpun saudari...saya cuma nyatakan saya suka tengok cerita tu..sebab ada pengajaran disebalik cerita...bukan sekadar suka2...dan saya sangat mengalu-alukan komen dan kritikan membina dari anda...tetapi biarlah komen itu ditulis dalam blog ni....jadi kita bleh bincang sama2....
sebenarnya motif saya dengan "Dilema wanita" itu adalah untuk menyatakan kepada anda semua cerita ini memberi pengajaran kepada kita...iaitu orang yang berperangai buruk takkan ke mana.....terlepas jodoh dek kerana perangai kite....sebab sesetengah cerita yang kita tengok sebelum ni...kekadang tu tiada pengajaran...sebagai contoh cerita gadis liar yang suka berpoya2....dan endingnya...dia insaf dan diterima keluarga...jadi di mana resionalnya cerita sebegini....kita sepatutnya membuat cerita supaya ada pengajaran kepada yang menontonnya....contohnya cerita "si tanggang anak derhaka" di mana ada balasannya kerana sikapnya yang derhaka kepada kedua orang tua....disebabkan sikapnya yang derhaka itu, dia disumpah jadi batu....jadi cerita sebegini memberi pengajaran kepada ank2 yang menonton....berbeza pula dengan cerita "pak belalang"....bukan niat saya untuk mengkritik...cuma membezakan kepada anda semua cerita yang penuh dengan pengajaran...dengan cerita yang sekadar suka2....cerita pak belalang seorang yang kaki pembohong dan pemalas...kesudahannya positif, bukan kerana dia bijak, tetapi secara kebetulan dia dapat menjawab soalan teka teki dengan tepat....jadi di mana resionalnya...anak2 yang menonton akan berkata.."takpelah berbohongpun, orang percaya jugak"....nah, nampak tak maksud saya...
sekali lagi saya memohon maaf andai saya membuatkan anda mencurigai saya.....
wassalam

Dilema Wanita "Buruk"

hii rakan2 apa kabar....di sini kite lupakan dulu pasal CT and Dato K...ni nak cite pasal Dilema Wanita...anda tengok tak cerita semalam dalam sekmen dilema wanita, pukul 9.30 di TV1....dari awal sampai akhir cite tu saya asyik gelak je...kelakar dan tak masuk akalpun ada...ish,ish...tapi cerita ni memberi kita pengajaran...
ceritanya begini...si pompuan ni perangainya buruk sangat..bukan setakat perangai, rupanya pun sepadanlah dengan perangainya tuh.....dan dia memang dah sedia maklum memang dia ni buruk...dengan fesyennya yang tak tentu pasal...dengan makeupnya yang mengalahkan baduk....dan bermacam2 gayalah yang tak sesuai langsung......disebabkan muka dia yang tak comel nilah dia berperangai buruk.....jadi kemana saja dia pergi dia rasa orang mentertawakan dia...mulalah hidup dia tak tenteram...nak marah orang je...maki sana sini...tak boleh tengok orang ketawa sikit...terus dia sergah, dia rasa orang ketawakan dia...padahalnya tidak...kesian..
yang hairannya langsung dia tak pedulikan kata orang...mak dengan adik dia tegur pakaian dia macam serkaspun, dia marah....dia buat benda yang dia suka...langsung tak pedulikan cakap orang...
disebabkan perangai dia nilah...dia tak dapat calon suami...kalau nak tahu pompuan ni suka berchating...setiap kali chating mesti dia cakap muka dia ni macam artis...fasa sandalah....maya karinlah...hehehe...kelakar betul...lepas tu mulalah bengang....maki hamun, lelaki ni semua sukakan pompuan cantik..katanya, pompuan hodoh macam aku ni langsung tak pandangnya...si kawan dia ni pernah jugalah nasihat, orang lelaki ni sebenarnya bukan tengok pada muka tapi hati dan perangai kita tuh...mm..langsung tak pedulinya, dengan lagak samsingnya sesuka hati je sepak terajang orang, maki hamun orang....mmm..
tapi sebenarnya dalam lagaknya macam tuh..adalah juga mamat kantin ni yang berkenan....mamat ni cubalah tackle..tapi..nak tau, boleh si pompuan ni tenyeh kek yang lelaki ni bagi kat muka mamat ni....apa lagi marahlah si lelaki ni..si pompuan ni ingat lelaki ni nak kenakan dia..sebab kebetulan masa dia bagi kek, adalah sekumpulan lelaki duk gelak2...jadinya dia ingat orang ketawakan dialah...apa lagi habislah...
bila pompuan ni perasan yang dia tersilap...dia teruslah mohon maaf...lepas tu bermulah episod cinta antara mereka...berbunga hati dia saat tu...tapi disebabkan perangai dia yang tak boleh diubah ni....melenting, suka marah2...di sebabkan salah faham......jodoh yang semakin hampir terlepas begitu sahaja...hanya kerana dia terlepas pandang....si mamat ni sebenarnya pemalu so sebelum dia serahkan cincin dan bunga pada pompuan ni, si mamat ni practicelah dengan seorang pompuan lain yang juga kawan kepada pompuan ni....apa lagi bila pompuan ni tersalah pandang...melentinglah dia, pi tampar lak kawan dia ni.....mmm..jadi terlepaslah jodoh dia dek kerana perangai dia tu..
moralnya di sini..
1. kita sebagai pompuan biarlah dengan adat ketimuran, bersopan santun dan berbudi bahasa...
2. wanita yang cantik dan perangai yang baik adalah satu bonus...
3. wanita yang buruk tetapi perangai yang elok adalah bagus..
4. wanita yang buruk tetapi berperangai buruk, itu adalah satu pakej yang amat buruk...
5. cuba terima pandangan dan teguran rakan2 dan ahli keluarga dengan jawapan yang positif...
6. jangan cepat melenting, fikir dulu sebelum bertindak...
heheheeee....itu saja dari saya...mmmm...
wassalam

Student IKM...

mmm..dah lama gak tak sentuh blog ni....saje nak melepaskan geram....teruk betullah dengan budak2 IKM ni..keras kepala, susah nak dibentuk...suruh anto assignmentpun bermacam2 alasan dia bagi...tak pergi lagi bab copy mencopy ni....cewah mcm tak ada pengalaman...tp betullah...menyakitkan hati..macam nilah agaknya rasa pensyarah kita dulukan....kita dah jadi tenaga pengajar ni baru tau camane....bukan senang nak membentuk budak2 ni...lebih2 lagi yang lelaki ni...menjawab jelah kerja dia...
"semua orang boleh jadi guru atau cikgu...tapi tak semua org bleh jadi seorang pendidik"....sorang pendidik yang berjaya..dia mampu mengubah cara hidup student dari yang pemalas kepada rajin, dari yang pendiam kepada banyak bertanya, dari yang lembab kepada agresif, dari yang biadap kepada beradab......daripada tak faham langsung kepada faham sikit2, jgn makin tak faham dah...
aku ni, selalu je nakan student faham macam yang aku faham...biar ilmu tu sampai sama rata....biar apa yang aku faham dia orang mesti faham...tp itulah yang susah...nakkan semua perfect memang payah.....separuh je dari student faham, yg lain apa citer entah, terpaksa ulang banyak kali expecially C++ programming...naik pening kepala aku.....apalah tips nak bg budak2 ni cepat faham sikit...takpun pada sesiapa yang ada doa penerang hati yang mujarab bagilah eh...aku nak bg kat student aku ni....dan sudah tentunya untuk aku gak...manalah tahu cara kita menyampaikan ilmu ni salah dan sukar nak difaham....
wassalam

BuTa Hati

Assalamualaikum..
sidang pembaca yang dihormati...saya sungguh hairan kenapa masih ada lagi di kalangan ummat islam kita memperlekihkan pasal makanan, minuman dan barangan yang kita pakai sehari2....sumbangan apa lagi yang kita boleh berikan untuk ummat islam kita yang tertindas, terancam dan terkorban oleh puak2 yahudi yang kejam....kita dah tak terdaya memberi pertolongan dalam bentuk tenaga, sumbangan kewangan dan sebagainya...jadi cara untuk kita menumpaskan yahudi adalah satu je...."boikot barangan yahudi"...pertolongan yang kecil ni jelah yang boleh menyelamatkan nyawa, kerana RM1 yang dibelanjakan ke dalam Dana yahudi seumpama satu bom yang akan mengorbankan beribu malah jutaan nyawa ummat islam....sanggupkah kite...???
terngiang ditelinga saya bila seorang sahabat yang juga seagama dengan kite dengan mudah melemparkan kata2 seolah2 tiada akal fikiran untuk berfikir "Habis tak payah makanlah kalu camtu"...walaupun kata2 itu bukan untuk saya tetapi telinga yang mendengar ini menyakitkan....padahal bermacam produk lain lagi yang boleh kita jadikan altenatif untuk menggantikan barangan yang kita guna...saya sendiri mencari dan cuba menukarkan apa yang kite guna selama ini ke produk yang lebih terjamin....kalau kite lihat sekarang..betapa yahudi sudah sebati dengan kita hinggakan minuman dan makanan yang kite guna boleh dikatakan 95% dari puak yahudi.....saya sendiri menggunkan hampir 99% produk dari negara yahudi tanpa disedari selama ini...bijaknya dia menguasai ummat islam....daripada permakanan inilah membuatkan hati kite sukar menerima benda2 yang baik...dan disebabkan makanan yang kita makan inilah hati kite jadi tertutup dan gelap untuk mendalami islam....
sidang pembaca sekalian, untuk pengetahuan anda semua di sini saya sertakan barangan altenatif yang boleh kita gunakan untuk menyelamatkan ummat islam kite....barangan ini saya dapat dari email seorang sahabat...jadi, mulai sekarang listkan barangan yang kita guna dan gantikan dengan barangan altenatif lain...."Berjuang untuk bangsa, Agama dan Negara"

tugas siapa lebih berat

bagi yang dah berumah tangga mesti selalu je mempersoalkan masalah tugas siapa lebih berat..tugas seorang suri rumahtangga ke...atau kerja suami....
bagi saya tugas seorang suri rumahtangga itu lebih berat berbanding tugas kerja diluar...mana taknya saya yang dah bekerja ni rasa bersyukur sangat dapat kerja...yelah kalu fikir pasal rumah...banyak menda yang nak kena buat....basuh kain, jemur kain, lipat kain, mengasuh anak, mandikan anak, memasak, suapkan untuk anak, menyapu sampah, buang sampah,mop lantai, basuh pinggan,huuuuhhh banyaknya, tak terdaya dah nak fikir....bayangkan kalau semua tu di buat oleh seorang sahaja...sangat memenatkan, sungguh meletihkan dan sangat menyedihkan....mmm...saya tabitlah pada wanita yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa....macam ummi saya....membela 10 orang anak....macam manalah eh....saya yang baru ada anak sorang nipun....kelam kabut...nak makan kena gilir2....nak mandi kena gilir2...nak pakai bajupun kena gilir2....cuba bayangkan mak kite dulu...sanggup tak makan agaknya....nasiblah hubby aku ni ringan tulang....banyak menda yang dia tolong....tu baru aktiviti dalam rumah....kat luar camane?...takkan nak biarkan kat luar sampah sampai lutut, pokok kering tanpa di jirus....huuuu....
bila dah ada anak ni...banyak menda yang kita fikir....macammana orang tua kite membela kita sampailah ke besar....sedihpun ada...yelah sekarang ni baru kita rasa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu....jadi sesiapa yang dah berumahtangga tu sama2lah tolong antara satu sama lain....sedih sangat kalau sorang kepenatan dan sorang lagi tidur terbongkang....kata orang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing....tak gitu?
wassalam