Bila perasaan tertekan mengundang, bila masalah mula muncul dan bila diri sudah mula hilang kawalan, perasaan marah diluar batasan. Saya sendiri tidak boleh menahan malahan masih belum berjaya mengawal marah 100% apabila sesekali pergaduhan tercetus, tak kiralah antara kita dengan sahabat, antara kita dengan bos atau antara kita dengan pasangan juga dengan masyarakat. Dalam keadaan kita yang tertekan dan apabila anasir-anasir jahat menghasut mungkin kecelakaan berlaku, lebih parah, lebih kusut dan makin berserabut. Tetapi itu bukannya jalan penyelesaianya.
Beberapa hari sebelum ni, saya kemalangan dengan sebuah kereta, masing-masing menegakkan siapa yang benar, yelah kalau tanya pada saya, saya akan cakap bukan salah saya, dan sebaliknya andai anda bertanya pada dia, sudah tentulah dia cakap dia tak bersalah. Saya ingat masalah itu selesai macam tu je, sebab selepas dia tengok kereta saya, dia terus pergi. Masalah sekarang bukan siapa yang betul dan siapa yang salah, tetapi adab kesopanan dan tatasusila. saya berkata begitu kerana selepas beberapa hari kemalangan, dia datang kerumah dalam pukul 6.45 petang, saya tengah siapkan makanan untuk berbuka puasa. Dengan tiada perasaan malu meminta ganti rugi dari suami saya, suami saya sedaya upaya menegakkan kebenaran supaya kita selesai secara damai, yelah saya juga terpaksa repair kereta. Tetapi sebaliknya dia enggan mengalah sebaliknya mencapai kayu untuk memukul suami saya. Dalam keadaan berpuasa, lapar dan dahaga, tidak terlintas ke di fikiran dia yang dia perlu mengawal perasaan marah itu, umur diapun dah setengah abad, masing-masing dalam keadaan marah. Sepatutnya kejadian macam ni tak berlaku. nasib baik jiran menyelamatkan keadaan, tetapi tak sudah dengan itu dia mengugut suami saya yang dia akan serang balik.
Teruknya situasi yang berlaku sekarang ni, kita terpaksa mengalah walaupun kita tak bersalah untuk meleraikan kekusutan. Suami saya terpaksa membayar kerugian untuk kereta dia dan juga kereta yang saya guna. Kenapa begitu sukar mengawal marah, sedangkan kita diberi akal fikiran untuk berfikir, keimanan untuk bersabar dan mengawal marah. Betapa pentingnya nilai sabar dalam diri setiap insan. Tips yang paling penting untuk mengawal marah ialah bersabar, kesabaran itu akan menunjukkan kita jalan kebenaran. Kerana kesabaran itu mengasuh kita untuk lebih berhati-hati ketika bercakap, dan melakukan apa-apa perbuatan.
Jadi sama-samalah kita berfikir, cukupkah nilai kesabaran yang ada pada diri masing-masing, kerana kita tidak akan terlepas dari menghadapi dugaan dan cabaran yang semkin mencabar. Kalau tahap kesabaran kita tinggi Alhamdulillah kita akan berjaya mengawal segala kekusutan, masalah dan perasaan marah yang akan datang, InsyaAllah.
Wassalam
8 comments:
A'kum Sha, akak tak sangka di Malaysia sudah jadi teruk seperti itu. Biasanya, kisah begini kita tonton di kaca tv sahaja. Sabar sahajalah. Yang akak hairan, kenapa Sha tidak buat laporan polis? Dan kenapa tidak disalurkan kepada pihak insurans untuk menjelaskan bayaran seandainya Sha yang patut membayar? Bahaya orang yang seperti itu. Kalau Sha dan suami berdiam diri dan tidak membuat laporan polis di atas kejadian yang berlaku, dia tidak akan takut untuk datang lagi.
entahlah akak, sha di larang oleh jiran2 daripada report polis, katanya kawasan tempat sha duduk ni bahaya, dia orang tak takut polis sebaliknya dia orang akan bertindak ganas lagi kalau dia tahu kita buat report..pernah terjadi kes tetak dekat kawasan sha ni, bila buat report, dia orang pi serang lak ramai2, kiranya kat kawasan sha ni berpuak2, kalau dia tahu kita orang luar lagi parah...biar Tuhan balas je perbuatan keji dia orang ni....
MasyaAllah. Macam dengar cerita yang berlaku di Bronx pula... sabar sahajalah. Akak faham apa yang Sha rasa dan bersimpati. Entahlah. Adik akak ASP. Boleh akak tanyakan sikit-sikit. Akak tak sebut nama. Janganlah takut. Lagi pun, akak bukan tahu di mana Sha tinggal. Tanya faktanya sahaja. Apa nak buat dan itu ini. Tapi akak nak minta izin Sha dulu. Kalau Sha tak izinkan, akak tak tanyalah.
Assalamualaikum Sha. Betul cakap Zalisa tu. Bila lagi nak hunuskan pedang kata-kata. Lagi pun, bila dapat duit royalti, kira terbayar baliklah duit yang Sha dan suami kena keluarkan hari tu.
terima kasih atas kerja sama sha. sayang kat sha. cepat2 tulis novel, nanti kita boleh sama-sama jadi penulis tersohor.
maaf baru terpandang komen dalam n3 ni...takpelah kak nor...tak yah tanyalah, semuanya dah selesai, kiranya sha terpaksa mengalahlah..
Post a Comment