Tuesday, November 28, 2006

Kau Laksana Bulan



Susahnya nak cari buku area Terengganu ni, lebih-lebih lagi kat besut tempat tinggal saya ni...mmmm...sukanya hati ni bila dapat buku ni..tupun kebetulan saya ke KL...jadi ambillah peluang ni ke kedai buku kat jalan TAR...bestnya dapat borong buku...

bagi saya selain jalan cerita yang menarik karnaDya mampu meransang pembaca dari cover yang ditampilkan dengan warna dan gambar yang menarik...dari situ sudah timbul minat untuk membaca.

jangan biarkan hidup ini kosong tanpa diisi, jangan bazirkan masa yang berharga tanpa dipenuhi....

Monday, November 27, 2006

WANITA


Puisi ini saya terima dari rakan2 JDK. saya kira elok dijadikan tauladan dan panduan untuk kita semua. Buat yang dah beristeri, jagalah, belailah, pujuklah dan tolonglah isteri anda. Buat yang bakal bergelar suami pelajarilah, pertimbangkanlah, hayatilah dan fahamilah istilah SUAMI. Jangan biarkan keegoan menghancurkan rumahtangga anda.

"Ujar lelaki, wanita itu lemah"
"Ujar wanita, mereka adalah lembut"
Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam

Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malaslonglai terlentang

Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai dihadapan tvtidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yangberselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton tv sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanitamengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan...

Tuesday, November 14, 2006

Thursday, November 02, 2006

KeSeNiAn

Assalamualaikum....

Berada di alam maya ini, saya mengenali ramai orang, telatah dan teladan, juga teguran, cemuhan dan perbahasan. Membaca setiap bait kata dari setiap tinta atau pena yang ditulis oleh penulis yang sudah tentunya mempunyai banyak pengalaman membuatkan hati ini terasa kerdil. Namun bila tulisan kita juga dibaca hati mula terasa girang. Masih ada yang sudi meluangkan masa berkongsi pengalaman dan nasihat. Terima kasih buat semua yang pernah memberi dan membakar semangat di jiwa.

Bila direnung sejenak, coretan, tulisan, bait2 kata itu adalah kesenian yang tak ternilai harganya. Kekadang emosi kita terganggu, hati ini rasa pilu, sedih, gembira, suka dan duka hanya kerana bait2 kata yang dibaca. Begitu bernilainya sebuah karya yang penuh dengan kesenian yang hakiki.

Kekadang saya sendiri rasa hairan, kenapa begitu laju saya menulis sedangkan saya seorang yang pendiam dan kurang bercakap. Mungkin disinilah peluang saya untuk meluahkan apa yang dirasa dijiwa, terasa lapang dada bila ayat2 terakhir kita sudahi. mmm...rupa2nya tulisan itu adalah satu kepuasan buat kita. Dan adakah semua penulis mempunyai jiwa dan perasaan yang sama.

Melalui tulisan sedikit sebanyak kita mengenali siapa diri kita, melalui pembacaan dan penelitian kita mulai tahu apa yang kurang pada diri kita. Kekadang hati kita boleh jadi lembut bila membaca, jiwa kita rasa tenang, perasaan kita rasa tenteram. Begitu hebatnya kesenian yang ada dalam setiap patah kata, dari setiap baris ayat. Dari setiap kritikan dan komen yang membina juga kita boleh rasa keikhlasan yang ada.

wassalam