Assalamualaikum....
Berada di alam maya ini, saya mengenali ramai orang, telatah dan teladan, juga teguran, cemuhan dan perbahasan. Membaca setiap bait kata dari setiap tinta atau pena yang ditulis oleh penulis yang sudah tentunya mempunyai banyak pengalaman membuatkan hati ini terasa kerdil. Namun bila tulisan kita juga dibaca hati mula terasa girang. Masih ada yang sudi meluangkan masa berkongsi pengalaman dan nasihat. Terima kasih buat semua yang pernah memberi dan membakar semangat di jiwa.
Bila direnung sejenak, coretan, tulisan, bait2 kata itu adalah kesenian yang tak ternilai harganya. Kekadang emosi kita terganggu, hati ini rasa pilu, sedih, gembira, suka dan duka hanya kerana bait2 kata yang dibaca. Begitu bernilainya sebuah karya yang penuh dengan kesenian yang hakiki.
Kekadang saya sendiri rasa hairan, kenapa begitu laju saya menulis sedangkan saya seorang yang pendiam dan kurang bercakap. Mungkin disinilah peluang saya untuk meluahkan apa yang dirasa dijiwa, terasa lapang dada bila ayat2 terakhir kita sudahi. mmm...rupa2nya tulisan itu adalah satu kepuasan buat kita. Dan adakah semua penulis mempunyai jiwa dan perasaan yang sama.
Melalui tulisan sedikit sebanyak kita mengenali siapa diri kita, melalui pembacaan dan penelitian kita mulai tahu apa yang kurang pada diri kita. Kekadang hati kita boleh jadi lembut bila membaca, jiwa kita rasa tenang, perasaan kita rasa tenteram. Begitu hebatnya kesenian yang ada dalam setiap patah kata, dari setiap baris ayat. Dari setiap kritikan dan komen yang membina juga kita boleh rasa keikhlasan yang ada.
wassalam
5 comments:
benar. penulisan adalah luahan rasa penulisnya. kalaulah kita dapat fahami...
Tak hairanlah ramai yang beranggapan penulis ni seorang yang mudah dikuasai emosi... suka bermain dengan fantasi, tapi kalau kita bijak menyelami disebalik fantasi yang tersaji ada iktibar yang tersembunyi. Tiap watak yang dicipta sebenarnya terkadang adalah cermin pada yang nyata, hanya kita yang buta dalam melihat antara pasir dan permata......
Teringat lagu nyanyian Ramli Sarip dan A.Romzi yg berjudul "Bukan kerna nama", ada satu rangkap yg menyebut
" Aku menulis bkn kerna nama, kerna sifat kasih pd sesama insan, dan menyatakan kasih sayangku, kita sama.. semuanya nya sama. Apa yang ada hanyalah kehidupan "
Oh puitis sekali, alahaii
teguran melalui tulisan adakalanya lebih berkesan dan bermakna daripada kata-kata yang terzahir menerusi bibir.
fantasi kadangkalanya menerbitkan realiti yang biasanya mencetuskan idealogi tersendiri..cetusan dari penulisan berpunca dari emosi tersendiri..
Post a Comment