Monday, April 30, 2007

CuTi Rehat ..


hehehe...esok dah bermula cuti sampailah hari isnin, hari selasa baru masuk kerja balik....bestnya kalu dapat cuti lama-lama camni...sebenarnya kita ni nak ke KL ari sabtu ni, kebetulan sebenarnya nak menghantar mertua ke umrah...kata orang alang-alang celuk pekasam biar sampai ke pangkal lengang....sambil menyelam kita minum air betul tak... jadi minta-mintalah sempat ke PWTC tu....nak juga cari buku-buku yang patut...kalau nak mengharapkan buku kat Terengganu ni alamaknya buku tu yang berulat dulu bukan kita yang jadi ulat buku...
nak juga rasanya berjumpa dengan penulis terkenal macam aina emir atau mimie tu sebab saya selalu juga beli buku dia.....tapi kalau tak jumpapun takpelah...dapat beli bukupun dah seronok....tapi sebenarnya ada dua buah buku lagi tak sempat nak habiskan, nak menambahkan koleksi lagi...tu yang hubby duk membebel tu....mmm..oklah selamat bercutilah kepada yang bercuti...

wassalam




Wednesday, April 25, 2007

Monday, April 23, 2007

KaDaNg KaLa

Kadang kala
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita

Kadang kala
ketika kita sedang menderita
tiada orang nampak derita kita

Kadang kala
ketika kita risau
tiada org nampak kerisauan kita

Kadang kala
ketika kita gembira
tiada org nampak kegembiraan kita


tapi KENTUT!! Sekali je cukup....

Semua orang tau!!Hahahaha!!GOTCHA!!!

Sunday, April 22, 2007

KeBaKarAn TeRbUkA


Dua tiga hari ni cuaca kurang baik, ditambah pula dengan manusia2 yang tidak pandai menimbang situasi...kelam rumah saya bila waktu malam...tak tahu dari mana datangnya asap yang berkepul2 yang boleh menyesakkan nafas...akibat dari pembakaran terbuka.....lemah terasa jiwa ni bila waktu panas sebegini ada yang sanggup membuat pembakaran tampa menghiraukan alam sekitar...bayangkan tiap pagi saya terpaksa berhati2 memandu dengan keadaan jerebu dan ditambah pula mata saya ni kurang sihat, rabun ayam gitu....

bila menjelang malam sahaja asap mula berkumpul dan memenuhi ruang rumah....waktu pagi pula jerebu dan bila masuk pukul 9 panas sudahpun mencecah lebih 32 darjah....dalam keadaan panas ni ada juga manusia yang sanggup membakar tempat pembuangan sampah tu hingga ramai yang sesak nafas......kesannya bukan sehari dua...tetapi dah masuk seminggu macam ni.....pening dan sakit kepala dibuatnya...geram...

wassalm

Tuesday, April 17, 2007

Alahan...

Alhamdulillah...

mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak sebenarnya bukan kerja senang...sebenarnya situasi ini baru saya rasai kerna semasa mengandung anak pertama saya tidak rasa terbeban mengandung...kerana sedikitpun saya tidak rasa alahan dan muntah2...tapi entah kenapa bila mengandung anak kedua ni, berbagai2 rintangan dan perubahan berlaku pada diri...yang teramat pedih bila nak mengeluarkan segala makanan yang dimakan sehingga mengeluarkan minyak yang pahit dan menyeksakan....aduh...

sekarang usia kandungan saya dah masuk dua bulan lebih...tapi sesungguhnya saya dah penat...tak tahan.."Ya Allah kurangkanlah segala dugaan dan rintangan dibahuku"...

baru sekarang saya mengerti penderitaan ummi yang melahirkan 10 orang anak...kata ummi, semasa mengandung dia langsung tak sentuh nasi, hanya beralaskan roti, sehinggalah kandungan berusia enam bulan...itulah yang saya rasa sekarang....betapa nikmatnya bila melihat orang makan dengan berselera sedangkan kita bukan saja melihat malahan berbau makanan atau lauk pauk sahaja sudah terasa nak memuntahkan segala macam sisa-sisa yang sebenarnya sudah tidak tersisa dalam perut..sakitnya, pedihnya...itulah dugaan Tuhan buat wanita yang sememangnya lebih tabah dan kuat...InsyaAllah....

kepada ibu-ibu, tabahlah menghadapi dugaan ini kerana sesungguhnya kita akan rasa gembira dan tersenyum puas saat anak itu dilahirkan..bersyukurlah kerana kita dianugrahkan Allah merasai nikmat ini....

wassalam

Thursday, April 12, 2007

Pastikan




1)
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

(2)
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

(3)
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini


Ulang Chorus

Thursday, April 05, 2007

PANTANG WANITA

KAUM ADAM KENA BACA NI..

ADAM... USAH BERMEGAH SEBAB HAWA MENYAMPAH!
Oleh
Noor Azlin Sukri


KAUM lelaki yang ingin memperbaiki komunikasi dan hubungan mereka dengan kaum wanita patut mengetahui perkara-perkara yang menjadi pantang wanita, antaranya seperti berikut:

Wanita bingit apabila lelaki...

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, 'buka pintu', 'buat kopi', 'angkat kasut' dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti 'boleh tolong buatkan kopi...' dan 'tolong buka pintu tu...'.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata 'gurau pun tak boleh.'

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang 'buat dak' terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Dari itu, jika lelaki peka akan pantang kaum wanita, rasanya banyak peperangan mulut, perang dingin dan kes mogok dan merajuk dapat dielakkan.

Nota: Penulis ialah siswazah Psikologi Amali, Universiti Southern Queensland dan juga ibu tiga anak.