Thursday, February 26, 2009

SeLaMat MeNjAlaNi UjIan



Buat anak didikku, selamat menjalani ujian yang sudahpun berlangsung. Semoga kalian semua mendapat petunjuk dan hidayah. Sentiasalah berdoa dan berusaha lebih gigih.

Usaha itu tangga kejayaan, kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang berterusan. Jadilah hari ini sebagai platform untuk berjaya kelak.

Tip pelajar pintar:-
  1. Pilih waktu yang sesuai untuk belajar
  2. Suasana yang nyaman dan selesa
  3. Membentuk kumpulan yang tidak terlalu ramai
  4. Membaca seberapa kerap
  5. Memahami bukan menghafal
  6. Mencatat "Keyword" penting
  7. Menghafal "Keyword"/ kata kunci
  8. Latih sendiri kemampuan tanpa melihat nota
  9. Ambil masa untuk rehat
Semoga Berjaya.

Pn. Sharifah

Monday, February 16, 2009

cEriTa SeRam

Saya sebenarnya kurang faham apa sebenarnya motif dan pengajaran yang kita dapat bila menonton televisyen. Terlalu banyak cerita dongeng dan karut disiarkan dalam televisyen sekadar memenuhi kehendak penonton. kalau dulu cerita berunsur seram atau menakutkan diharamkan, tetapi kini sudah menjadi satu trend.

Semua cerita, filem bahkan lagu2 sendiri sudah dimasukkan dengan unsur2 menyeramkan. Saya sendiri semakin terjebak dengan menonton filem2 seram (tiada pilihan). Boleh dikatakan semua drama yang disiarkan berunsur mistik, syirik dan kurang pegangan agama.

Sebenarnya banyak perkara-perkara negetif yang berlaku apabila cerita menakutkan dipertontonkan. Mungkin ada sedikit pengajaran tetapi yang selebihnya hanya mengundang kecelakaan. Cerita berunsur begini boleh menyebabkan kanak-kanak semakin takut, belajar sesuatu yang tidak sepatutnya, seperti menyembah selain ALLAH, kerana kanak-kanak masih tidak tahu menilai dan mengolah cerita, bagi mereka apa yang mereka lihat itulah yang berlaku.

Anak saya sendiri semakin meracau bila tidur malam, pandai lak tunjuk itu dan ini, sehinggakan saya sendiri naik seram. Mengarut betul....kalau anda semua perasan bolah dikatakan setiap petang dan malam ada je cerita seram yang dipertontonkan.

Sekarang saya lebih suka menonton OASIS kerana lebih bersifat keTUHANAN, ada sahaja Zikrullah yang disiarkan untuk santapan halwa teliga kita.

Semoga industri penyiaran semakin bijak kerana merekalah penyumbang utama kepada moral insan.

Sunday, February 15, 2009

SENYUM

Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.

Senyuman...senyuman
Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,

Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Tuesday, February 10, 2009

Pesanan Buat anak didikku

Anak Didikku,
Engkaulah penyambung warisan,
menegakkan keadilan,
tika alpa menerpa.

berjuanglah dari sekarang,
sebelum malang menimpa,
sebelum hilang arah punca.

Anak Didikku,
bangunlah dari tidur,
bukalah mata,
celiklah minda.
berfikirlah.

perjuangan belum selesai,
janganlah tidur dalam jaga,
kelak binasa jiwa dan raga.

Wednesday, February 04, 2009

Panas Baran

Terbaca di dada akbar semalam, "Isteri dicampak dalam sungai". Sungguh memalukan, tindakan melulu dan tidak berperikemanusiaan. Lepas kejadian, cuba pula pujuk isteri supaya jangan dipanjangkan kes tolak dalam sungai tu, aku masih sayangkan kau?....sayang???

Bila difikir-fikir, beginikah sikap yang sepatutnya ditonjolkan oleh seorang suami yang sepatutunya menjadi seorang pembimbing dan ketua dalam rumah tangga.

Geram betul dengan sikap manusia yang panas baran macam ni, agaknya sudah tiada akal dan memang tiada iman di dada....bukankah marah itu sifat syaitan, agaknyalah memang dan sifat tu yang ada dalam diri diakan....pimpinlah diri sendiri dulu.

Sunday, February 01, 2009

SMS curang

seawal pagi saya memandu kereta ke tempat kerja....macam biasa saya akan terus buka radio, saya sangat tertarik dengan isu yang disampaikan pagi tadi, sms curang....

saya sebenarnya sangat takut dengan situasi macam ni, terlalu bebas sehinggakan boleh menghantar pesanan ringkas berbaur lucah ke telefon bimbit pasangan, tak kira pasangan yang dah kahwin mahupun yang masih bujang....yang sangat membimbangkan adalah mereka yang sudahpun mendirikan rumah tangga sanggup melayan suami orang dengan mesej yang tidak sepatutnya....inikah tradisi yang sepatutnya dibawa?...tidak bukan..

saya sentiasa berdoa agar saya tidak tergolong dalam perangkap cinta begini.."laki orang, bini orang"...selalu sangat kita dengar masalah ini berlaku, yalah sepatutnya di tempat kerja kita harus menjaga tatasusila kita sebagai seorang isteri....

kepada mereka yang tergolong dalam situasi ni, hentikanlah, banyak perkara lain yang lebih berfaedah...

wassalam