Thursday, January 18, 2007

semangat luntur



semangat dan kekuatan yang ada pada diri kekadang dilemahkan oleh anasir-anasir luar yang seakan membunuh hasrat dan keyakinan diri. semakin jauh berlari, semakin ia menghampiri. Ketabahan dan kesabaran hati ini teruji.

semakin hari semakin luntur hasrat saya untuk menulis. di tambah lagi bila ditegur oleh ketua jabatan yang asyik melihat saya menulis. "better you wrote something for your student." walaupun sesingkat itu dia mengatur ayat namun ia cukup melemahkan semangatku untuk meneruskan karyaku yang tak sudah-sudah. teringin juga melihat karya sendiri diterbitkan...mmmm..

mungkin juga tempat dan keadaan ini tidak mengizinkan aku untuk terus menulis. namun salahkah aku menulis diwaktu yang terluang daripada aku bersembang kosong tiada tujuan?

bosannya bila diri diperhatikan.

wassalam
kabur....semakin kabur.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum wbh Sharifah, Salam Maal Hijrah. Jangan lekas luntur semangat hanya kerana teguran itu. Sesetengah boss merasakan kita tidak patut menggunakan waktu bekerja untuk melakukan perkara lain. Memang betul, daripada berbual kosong, lebih baik kita menulis tetapi boss Sharifah bukan menyuruh Sharifah berbual kosong tetapi melakukan sesuatu yang bersangkut paut dengan bidang kerja Sharifah,kan? Cari masa lain. Sehari ada 24 jam. 8 jam tidur. Tolak masa Sharifah di sekolah, yang berbaki tolak lagi tanggungjawab di rumah. Selebihnya, gunakan untuk menulis. Walau pun sejam sehari, sudah memadai.

sharifah said...

waalaikummussalam..
time kasih kak raina...sayang akak..