Sunday, March 11, 2007

Minggu Aktiviti

bersempena minggu aktiviti yang dijalankan di IKM besut ni, beberapa pertandingan seperti pidato, bahas, dikir barat dan pentomin telah diaturkan untuk memberi ruang kepada semua pelajar menunjuk atau menonjolkan bakat yang terpendam disamping memupuk kerjasama antara kumpulan, sesama pelajar dan juga tenaga pengajar.

keakraban dan kerjasama ini mampu memupuk sifat-sifat murni dan memberi ruang kepada pelatih supaya lebih bersifat terbuka.

Namun disebalik kesan yang positif itu sudah pastinya akan terpancar sifat yang negatif. yang mengambil bahagian akan enjoy dengan aktiviti yang dijalankan tetapi bagaimana pula yang tidak mengambil bahagian? kesudahannya pelatih terbiar dan terpancarlah sifat2 negatif antara sesama mereka. Disini pentingnya pegawasan daripada tenaga pengajar, jangan pula tenaga pengajar pula yang leka mengambil kesempatan tidak turun padang...

kesimpulannya Minggu Aktiviti yang diadakan untuk memeriahkan keadaan yang sepatutnya memberi nilai-nilai murni pada pelatih akan menjadi cacat dek kerana segelintir pengajar yang langsung tidak ambil 'pot' tentang aktiviti yang dijalankan.

wassalam

2 comments:

Abang Long said...

sewajarnya semua orang "diikat" untuk mengikuti sebarang program. supaya masing - masing boleh menonjolkan kemampuan dan kebolehan. dan supaya dapat merasai ikatan kekeluargaan.

sharifah said...

mm..betul tu abg long...tapi hanya segelintir sahaja yang rela diikit, selebihnya rela dalam paksa...hehehee