Pada khamis 19/07/2007, saya terpaksa menghadiri peperiksaan di MRSM Kuala Terengganu. Jadi kami buat keputusan cuti pada hari tersebut, jadinya tak payahlah kami terkejar-kejar balik....terus bermalam di rumah mertua di terengganu. Hari sabtu petang kami balik ke rumah seperti biasa. Sesampainya di rumah, hubby terkejut melihat tingkap belakang terbuka, manakala pintu belakang boleh dibuka sedangkan kami sudah kunci semuanya.
Saya jadi panik, hubby lak terus tanya laptop saya....berderau darah saya bila laptop kesayangan saya tiada di tempatnya.....semua nota-nota, slide, beberapa menuskrip saya ada dalam tu......saya pula tak sempat nak backup menuskrip ke dalam pendrive...menyesalnya...tapi apakan daya semuanya sudah terlambat....dalam fikiran saya, nasib baiklah sebelum turun pada pagi kamis tu, saya tergerak hati nak pakai semua barang kemas....jadi alhamdulillah barang kemas saya terselamat, yang pencuri tu ambil semua barang-barang tiruan yang saya letak dalam satu bekas simpanan....
Hubby lak kehilangan cicin perkahwinan kami, cincin tu sebenarnya nak repair sebab permatanya dah pecah...tabung syilingpun dia ambil...bodoh betullah....eeee...
pada firasat kami sebenarnya pencuri tu nak masuk ikut tingkap, tapi disebabkan tingkap bergrill jadinya dia ubah fikiran ke pintu belakang. Hubby lak lupa nak tutup sisip angin pintu belakang, jadinya dengan mudah pencuri tu membuka kunci di bahagian atas, namun masih belum dapat masuk sbb masih berkunci di tengah dan bawah...jadinya kemungkinan dia tendang pintu tu, sebab tulah kunci bahagian bawah tu patah dan pintu ada kesan pecah....
Kami hanya dapat berdoa agar si penjenayah ni mendapat balasan yang setimpal.....
Moralnya, jangan letak tangga, meja atau apa-apa di luar rumah, sebabnya kemungkinan kalau tangga tu tiada...pencuri tu tak akan dapat buka kunci melalui sisip angin tu....kecuaian kami memudahkan kerja pencuri tu....
wassalam
2 comments:
WASPADA SENTIASA !. Tapi kalau dah nak jadi ... tak boleh nak kata apa. Cuba - baca selawat, tiap kali nak tutup pintu, tingkap dsbnya, sebelum keluar rumah, itu sahaja usaha kita.
Geram nampaknya cikgu kita ni... Ujian tanda Dia sayang :)
Post a Comment