Kebiasaannya istilah ini sering kita dengar apabila berlangsungnya sesuatu acara yang melibatkan pertandingan atau perlawanan. Namun begitu saya kira istilah ini sebenarnya berlaku di mana-mana sahaja, tidak kiralah samaada majikan dengan semua anak buahnya, seorang guru dengan semua anak muridnya ataupun ibubapa dengan anak-anaknya...
Pada kiraaan saya perkataan ini wujud bilamana adanya sesuatu imbuhan, hadiah, habuan, ganjaran, penghargaan malah kasih sayang yang akan diterima oleh seseorang. Seperti sempena anugerah kualiti, pekerja yang cemerlang akan dianugrahkan dengan gelaran pekerja terbaik dengan mendapat imbuhan seribu ringgit contohnya. Yang menjadi persoalannya kenapa mereka yang tidak berkelayakan mendapat ganjaran dan yang sepatutnya berhak tidak mendapat apa-apa penghargaan.
Pokok pangkalnya, ianya terletak kepada penilai itu sendiri. Andai dia jujur dalam menilai makanya tidak wujudlah istilah berat sebelah atau 'Bias'.
Situasi ini juga berlaku apabila memeriksa markah untuk student, kadang-kadang bila kita tidak puas hati dengan sesetengah student yang biadap contohnya, kita mengurangkan markah mereka sedangkan tidak sepatutnya ianya berlaku. Saya sendiri takut dengan situasi ini, sebagai seorang pengajar memang kekadang situasi ini berlaku, namun apa yang saya lakukan, saya memeriksa kertas student tanpa melihat nama mereka. Jadi saya rasa cara ini lebih jujur.
Apa pula yang berlaku diantara penulis dan pembaca???
wassalam
2 comments:
Antara penulis dan pembaca ya? Hmm... kalau kak tak suka perangai penulisnya, tapi bukunya menarik kak tetap suka bukunya.
Buku dan perangai penulisnya adalah dua perkara berbezakan? Cuma tak dapat nak bohongi hati, sedikit mencebik membaca bukunya jika menulis apa yg dia tak lakukan.
Sesungguhnya Keadilan itu adalah EHSAN.
Memang sikap "bias" ada dimana - mana. Dan seringkali sikap inilah yang merosakkan perhubungan sesama insa.
Post a Comment