Sunday, May 13, 2007

Termimpi-mimpi



salam semua...

saya sebenarnya terkilan kerana hajat untuk ke pesta buku tu tak kesampaian, nak buat macam mana ada perkara lebih penting yang patut di selesaikan sebenarnya saya ke KL...jadinya tak nak hancurkan hati ramai orang, saya terpaksalah hancurkan hati saya ni...hehehe...sedihnya...tapi takpelah...pengorbanan sayapun untuk orang yang tersayang juga...

sehingga sekarang saya terbayang-bayangkan suasana pesta tu sehinggakan terbawa-bawa dalam mimpi...berjumpa Aina Emir di KarnaDya....berjumpa dengan rakan-rakan blogger ...dalam mimpi saya, saya seorang penulis terkenal...hehehe... tapi itu semua dalam mimpi...tak ada maknanya...melihat susunan buku-buku yang bertimbun banyaknya sangat teruja bagi saya...seronoknya....mungkin minat saya terlalu mendalam dan keinginan saya terlalu tinggi membuatkan suasana itu hadir dalam mimpi saya......moga di tahun akan datang saya di beri peluang dan kesempatan..

wassalam

6 comments:

Abang Long said...

Ada ketikanya mimpi itu lebih indah dari realiti ...

Unknown said...

Doa banyak2. Tahun depan insyaAllah kita berjumpa ;)

Mersik said...

Dan kalau ada umur panjang dapat ler berjumpa pokcik tua ini.. hik hik alahaii

sharifah said...

abg long>> mimpi itu indah, Alhamdulillahlah masih mampu mengayam mimpi walaupun hanya fantasi yang tak seindah realiti...

sharifah said...
This comment has been removed by the author.
sharifah said...

kak lis>> Begitulah hajatnya, berdoa agar dapat ketemu dan bersua muka, saya selalu ke blog akak tapi tak dapat meninggalkan jejak...kenapa ya...

pokcik>> InsyaAllah, terbayang2 pokcik yang dah semakin bongkok tiga melilau-lilau cari buku, harap-harao ketemulah ya...