Senario yang berlaku hari ini, bila suami menolong isteri, suami akan digelar "takut bini". Kenapa kita tak tukarkan istilah "takut bini" itu kepada "sayang bini", kan lebih manis bunyinya. Dunia hari ini kedua2 pasangan bekerja, kita ada kerja kita dan pasangan ada kerja dia. Mengapa harus istilah takut bini ini digunapakai. Tak adil bukan, kita sama-sama bekerja, tak kiralah dekat atau jauh, tapi komitmen kerja itu tetap sama, dan kita banyak habiskan masa kita di pejabat daripada di rumah. Jadi komitmen kita pada pasangan selalu terabai.
Saya cukup kagum dengan suami yang sangat memahami tugas isteri, tidak mendesak isteri, yelah sama-sama penatkan, jadi sama-samalah faham keadaan dan situasi yang berlaku. Mengapa perlu menggunakan kuasa "veto". Kalau dulu bolehlah, sebab isteri tidak mencari nafkah, hanya duduk dirumah, yang dia tahu tiap2 bulan dia dapat nafkah, tetapi dunia sekarang isteri sendiri mencari nafkah, sepatutnya para suami ni berterima kasih kepada isteri kerana keperluan yang sepatutnya disediakan oleh suami dipikul juga oleh isteri. Jadi pasangan saling melengkapi antara satu sama lain, jadi dah tak wujud sekarang siapa yang berkuasa. Dan tak adil bukan kalau isteri langsung tidak boleh menegakkan apa yang betul.
Memang betullah syurga itu di bawah tapak kaki suami, tetapi perlu ingat suami yang macammana?, kaki judi? penagih dadah? kaki pukul? sudah tentulah suami yang kuat pegangan agamanya, penyabar dan suami yang tahu tanggungjawabnya. Apa yang salah takkan kita nak iakan, itu dah silap. Tugas suami melindungi isteri, isteri adalah amanah dari Allah, jadi jangan sesekali mengsia-siakan amanah itu. Letakkanlah isteri di tempat yang sepatutnya, bukan menjadi hamba abdi.
Disebabkan istilah "takut bini" inilah para suami takut membuat kebaikan. Suka menegakkan kuasa veto dan mempertahankan siapa yang lebih berkuasa. Salahkah kita membuat kebaikan kepada isteri kita sendiri. Dan disebabkan istilah inilah suami semakin liar dan ingin menunjukkan kuasa masing-masing, rumahtangga semakin pincang dan hidup makin tidak tenteram. Tunjukkanlah komitmen yang baik kepada pasangan masing-masing, komitmen inilah yang perlu kita tunjukkan kepada pasangan masing-masing supaya pasangan rasa dihargai, disayangi dan dikasihi. Komitmen yang macammana?
1. Masa
- luangkanlah masa dengan sebaik-baiknya dengan pasangan masing-masing. Masa yang Berharga itu amat penting untuk meleraikan segala kekusutan yang melanda dalam rumahtangga.
2. Kasih-sayang
- Komitmen kasih sayang, belaian, sentuhan, cubit-cubit sayang itu penting dalam rumahtangga yang harmoni, kerana komitmen inilah pasangan rasa dihargai.
3. Pendengar yang baik
- komitmen ini juga sama pentingnya, kita akan rasa selesa bila pasangan memberi komitmen yang baik dalam mendengar kita bercerita. bila pasangan buat endah tak endah, kita rasa betapa hinanya diri kita bukan?. Kemana lagi harus kita luah kalau bukan dengan pasangan masing-masing. Jadilah pendengar yang baik untuk mendapatkan output yang baik.
4. Mengalah
- mengalah adalah cara yang terbaik, tetapi ianya amat sukar kerana masing2 mempunyai ego masing-masing.
5. Menghormati
- Hormati pendirian masing-masing. Andai kita menghormati pasangan, sudah tentu pasangan juga menghormati kita. Kita perlu menghormati antara satu sama lain, bukan di sebelah pihak sahaja. Rasa hormat itu akan timbul kalau pasangan menghormati kita. Istilah takut pada pasangan adalah bukan rasa hormat, rasa hormat itu sesuatu yang mulia, bukan kerana kita takut kepada pasangan. Berdosa andai kita membiarkan pasangan merasa takut dengan kita, sedangkan isteri dikurniakan oleh Allah untuk suami adalah untuk di belai, dimanja, dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya.
jadi sama-samalah kita menjaga hati masing-masing dan gunalah komitmen yang baik.
wassalam
3 comments:
Sharifah, saya kagumlah dengan idea dan penelitian saudari seperti yang saudari curahkan di dalam laman web saudari. Kenapa tidak dibukukan, dijadikan buku motivasi dan dihantar ke rumah penerbitan? Saya rasalah tulisan saudari bagus seperti suntingan seorang wartawan. Hantar ke Utusan Malaysia atau pun ke Berita Harian dulu, pasti akan disiarkan. Mana tahu, kalau saudari belum jadi jutawan lagi, lagi tiga tahun bakal jadi jutawan Melayu baru!
Saya ini masih merangkak tetapi hendak mengajar orang pula... Harap tidak kecil hati.
assalamualaikum warahmatullah ukhtie sharifah ....
izinkan sy menambah satu perkara lagi. Yakni "memberi" .... teringat kata-kata ust pahrol yg kita nie tak kira lah dalam kehidupan suami isteri atau kemasyrakatan sifat memberi ini patut ada dalam diri kita.
Kita jgnlah selalu mengharap suatu pemberian orang tp jadilah orang yg cintakan sifat memberi, insyaAllah dengan banyak memberi secara automatik kita akan banyak menerima tanpa kita sangka caranya.
sebenarnya telah lama Abang Long menadah kitab dihadapan ratusan ulamak, dan telah banyak berdialog serta bersoal jawab dengan golongan ini, terutamanya dalam permasalahan ini, dan telah begitu lama juga Abang Long melihat, memerhati, merenung dan mengkaji tentang persoalan ini, InsyaAllah Abang Long akan berikan ulasan yang sebaik mungkin, dan salah satu postingnya telah Abang Long siarkan yang bertajuk Talian Kasih.
Post a Comment