Thursday, September 06, 2007

Salam Tazkirah

Assalammualaikum.

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan jika dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Salam Ramadhan buat semua teman².... Selamat Berpuasa..
wassalam

Wednesday, August 22, 2007

Bakal2 Doktor Haiwan..

Baru-baru ni saya menerima email dari rakan2 JDK...saya sangat terkejut dengan gambar yang ditunjukkan dalam email tu...betul ke ini ank orang MELAYU? ISLAM?...adakah kerana pendidikan dan tuntutan dalam sesebuah agensi pendidikan melayakkan kite melanggar tatasusila dan Agama kite sendiri...dengan bangganya saya lihat mereka menyentuh binatang yang sememangnya haram dalam islam...bukan sahaja memakan dagingnya malahan menyentuhpun dikira haram...tetapi tanpa segan silu mereka boleh membelai binatang tersebut seakan mencabar sesiapa sahaja yang melihatnya....saya sendiri rasa tercabar dan geram dengan tindak tanduk dua pelajar berkenaan




Sunday, August 19, 2007

SYAABAN

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

FADHILAT BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Monday, July 23, 2007

PeCaH RuMaH

Tanggal 21/07/2007 baru-baru ni merupakan hari paling malang buat keluarga kami.

Pada khamis 19/07/2007, saya terpaksa menghadiri peperiksaan di MRSM Kuala Terengganu. Jadi kami buat keputusan cuti pada hari tersebut, jadinya tak payahlah kami terkejar-kejar balik....terus bermalam di rumah mertua di terengganu. Hari sabtu petang kami balik ke rumah seperti biasa. Sesampainya di rumah, hubby terkejut melihat tingkap belakang terbuka, manakala pintu belakang boleh dibuka sedangkan kami sudah kunci semuanya.

Saya jadi panik, hubby lak terus tanya laptop saya....berderau darah saya bila laptop kesayangan saya tiada di tempatnya.....semua nota-nota, slide, beberapa menuskrip saya ada dalam tu......saya pula tak sempat nak backup menuskrip ke dalam pendrive...menyesalnya...tapi apakan daya semuanya sudah terlambat....dalam fikiran saya, nasib baiklah sebelum turun pada pagi kamis tu, saya tergerak hati nak pakai semua barang kemas....jadi alhamdulillah barang kemas saya terselamat, yang pencuri tu ambil semua barang-barang tiruan yang saya letak dalam satu bekas simpanan....

Hubby lak kehilangan cicin perkahwinan kami, cincin tu sebenarnya nak repair sebab permatanya dah pecah...tabung syilingpun dia ambil...bodoh betullah....eeee...

pada firasat kami sebenarnya pencuri tu nak masuk ikut tingkap, tapi disebabkan tingkap bergrill jadinya dia ubah fikiran ke pintu belakang. Hubby lak lupa nak tutup sisip angin pintu belakang, jadinya dengan mudah pencuri tu membuka kunci di bahagian atas, namun masih belum dapat masuk sbb masih berkunci di tengah dan bawah...jadinya kemungkinan dia tendang pintu tu, sebab tulah kunci bahagian bawah tu patah dan pintu ada kesan pecah....

Kami hanya dapat berdoa agar si penjenayah ni mendapat balasan yang setimpal.....

Moralnya, jangan letak tangga, meja atau apa-apa di luar rumah, sebabnya kemungkinan kalau tangga tu tiada...pencuri tu tak akan dapat buka kunci melalui sisip angin tu....kecuaian kami memudahkan kerja pencuri tu....

wassalam

Monday, July 16, 2007

Kelebihan Bulan REJAB


"Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)

KELEBIHAN-KELEBIHAN BERPUASA PD BULAN REJAB

*Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

*Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

*Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

*Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

*Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

*Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

*Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. *Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

*Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

*Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

*Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

*Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

P E R H A T I A N
Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Thursday, July 12, 2007

PeNat


sejak dua menjak ni rasa letih je tubuh ni haa...kalu duk ofis asyik nak terlelap je...kat sini lak tiap-tiap petang, hujan mulalah turun hingga ke tengah malam...tak tahulah masa mana berhenti...syafiq lak dah beralih laku...asal tgh malam je dia bangun suruh tidur dekat dia....takpun suruh kite memain dulu dengan dia....mmm...penatnya...tapi nasib baiklah anak ibu ni pandai...ada2 je gelagaknya nak suruh kite tersenyum....mmmm..


Sunday, July 08, 2007

SeSi PeMbElAjArAn July-Dis 2007

sesi pembelajaran dan pengajaran sudahpun bermula, bermacam ragam dan karenah pelatih terpaksa kami hadapi....itulah asam garam dunia seorang pendidik...dugaan dan cabaran itu sentiasa ada...

saya pula diduga dengan mata pelajaran yang baru, terpaksalah membuat persiapan yang rapi dan kembali study seperti mana pelatih atau pelajar yang lain, cumanya kita terpaksa lebih dari segala hal...yalah sebelum kita memahamkan student kita terlebih dahulu kena faham.....

kalau dulu saya boleh selesa dengan subjek c++ programming, data communication dan digital..kini saya terpaksa menyahut cabaran rakan2 memilih subjek yang lebih berbentuk praktikal iaitu Computer hardware....adui...tapi ok lagilah sebab masih dalam konteks computer..jadi masih ada peluang untuk saya mencari ilmu dan mempelbagaikan ilmu yang ada....sebenarnya subjek ini selalunya dipegang oleh tenaga pengajar lelaki kerana dia lebih memerlukan tenaga dan pergarakan..namun itu semua tidak bermakna yang tenaga pengajar perempuan tidak mampu untuk melakukan itu semua...

semoga dengan subjek yang baru ini saya lebih berpengetahuan dan berpengalaman.....InsyaAllah...

Tuesday, June 12, 2007

Saat Genting

huuhuhhh....sekarang saya dalam keadaan genting, terpaksa siapkan markah sebelum pra senat dan senat bermula...terpaksalah mengadap pc ni buat kerja...2 minggu lagi sibuk pula dengan pendaftaran pelatih baru...lepas habis pendaftaran, sesi pengajaran dan pembelajaran kembali bermula namun tugas sebagai pengajar ni bukan setakat mengajar sahaja banyak lagi kerja yang menanti....yang akan datang majlis konvokesyen dan seperti biasa saya mesti diletakkan sebagai ajk persembahan....oklah sikit daripada jadi setiausaha...pening, pening

siapa kata jadi pengajar ni mudah?
siapa kata jadi pengajar ni banyak rehat?


wassalam

Tuesday, June 05, 2007

Think

Think..........

Before you think of saying an unkind word
Think of someone who can't speak
Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat
Before you complain about your husband or wife
Think of someone who's crying out to God for a companion
Today
before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven
Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they're barren
Before you argue about your dirty house; someone didn't clean or sweep Think of the people who are living in the streets
Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet
And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.
But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker
And when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and thank God you're alive and still around.
Life is a gift of GOD.
LIVE it....
ENJOY it......
CELEBRATE it.........
AND FULFILL it...............

Wednesday, May 30, 2007

TeKa-TeKi Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Makakita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI=" Apa yang paling berat di dunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab= " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah,manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

"sampaikanlah walau satu ayat"..

wassalam

Tuesday, May 29, 2007

Manusia, Malaikat dan Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm.. aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh? letihnya arini.. tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu... Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpi lah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)3. Syaitan - Tak payahlah sebuk?

wassalam

kaji Selidik

perkara yang paling saya takuti dan bimbang ialah kaji selidik daripada student kepada tenaga pengajar.

semalam semua borang diedarkan untuk menilai pengajar...dan perkara yang paling saya takuti berlaku juga....setengah daripada pelajar saya memberi ulasan, saya terlalu memilih kasih dan mereka sangat kecewa dengan sikap saya yang berat sebelah....sesungguhnya selama ini saya sendiri tidak perasan tindak tanduk saya kepada pelajar saya memberi kesan sebegitu sekali...komen yang positif saya tak risau...yang perlu saya perbaiki adalah komen2 yang negatif ini...

semalaman tidur saya tidak selena yang sebelumnya....kekadang saya rasa bersalah...tetapi sesungguhnya tiada niat langsung di hati saya untuk memilih kasih atau berat sebelah...sebab sesungguhnya saya sendiri tidak suka perkara ini berlaku.....namun apa yang saya harus lakukan selepas ini adalah memperbaiki mutu pengajaran saya dalam sesi pembelajaran yang akan datang....semoga komen negatif dari pelajar saya mampu mempertingkatkan mutu pengajaran saya yang akan datang...insyaAllah...

wassalam

Sunday, May 27, 2007

KeNdUrI, KeNdUrI, KeNdUrI

kepada yang bakal menjadi pengantin baru, yang sudahpun selesai atau baru sahaja mendirikan rumah tangga...selamat pengantin barulah ya...

sedar-sadar kita dah hampir dengan pertengahan tahun, terasa sekejap je masa berlalu, dan waktu-waktu cuti sekolah beginilah kenduri kendara diadakan....minggu ini sahaja saya mendapat jemputan lebih lima orang, di sekitar tempat tinggal sayalah...bagi mereka yang jauh hanya kiriman hadiah yang mampu saya hulurkan...sebab walaupun cuti sekolah, saya dan rakan-rakan tenaga pengajar saya yang lain masih berada di IKM ni....kami disisni tiada istilah cuti sekolah walaupun masih bergelar guru...mmmmm...seronoknya guru-guru di luar sanakan?...dapat bawa anak-anak bersiar dan cuti-cuti malaysia gitu...apa-apapun semoga berbahagia selalu...

wassalam

Wednesday, May 23, 2007

BiAs / Berat Sebelah

Kebiasaannya istilah ini sering kita dengar apabila berlangsungnya sesuatu acara yang melibatkan pertandingan atau perlawanan. Namun begitu saya kira istilah ini sebenarnya berlaku di mana-mana sahaja, tidak kiralah samaada majikan dengan semua anak buahnya, seorang guru dengan semua anak muridnya ataupun ibubapa dengan anak-anaknya...

Pada kiraaan saya perkataan ini wujud bilamana adanya sesuatu imbuhan, hadiah, habuan, ganjaran, penghargaan malah kasih sayang yang akan diterima oleh seseorang. Seperti sempena anugerah kualiti, pekerja yang cemerlang akan dianugrahkan dengan gelaran pekerja terbaik dengan mendapat imbuhan seribu ringgit contohnya. Yang menjadi persoalannya kenapa mereka yang tidak berkelayakan mendapat ganjaran dan yang sepatutnya berhak tidak mendapat apa-apa penghargaan.

Pokok pangkalnya, ianya terletak kepada penilai itu sendiri. Andai dia jujur dalam menilai makanya tidak wujudlah istilah berat sebelah atau 'Bias'.

Situasi ini juga berlaku apabila memeriksa markah untuk student, kadang-kadang bila kita tidak puas hati dengan sesetengah student yang biadap contohnya, kita mengurangkan markah mereka sedangkan tidak sepatutnya ianya berlaku. Saya sendiri takut dengan situasi ini, sebagai seorang pengajar memang kekadang situasi ini berlaku, namun apa yang saya lakukan, saya memeriksa kertas student tanpa melihat nama mereka. Jadi saya rasa cara ini lebih jujur.

Apa pula yang berlaku diantara penulis dan pembaca???

wassalam

Sunday, May 20, 2007

SeMpEnA HaRi GuRu

baru-baru ni pada 16 mei 2007 sambutan hari guru telahpun disambut dengan meriahnya di serata dunia, namun saya hairan kenapa di IKM ni tiada sambutan sebegitu, sedangkan walaupun kami di gelar tenaga pengajar dan bukan dipanggil guru atau cikgu tapi kami masih dalam konteks yang sama iaitu pendidik masih seorang pendidik...bukan pembalasan atau hadiah yang saya mahu cuma penghargaan bukan dalam bentuk wang ringgit atau berlian dan permata...cukuplah sekadar melihat ucapan dari seorang anak didik....

namun dalam begitu,saya sangat berbangga dengan anak didik saya yang masih mengigati saya walaupun mereka sudahpun keluar dari institusi ini...juga pada mereka yang masih dan sedang belajar sekarang...dalam keadaan saya kurang sihat dan mengambil cuti rehat selama 2 hari pada 16 mei baru2 ini ada juga anak didik yang masih mengigati saya di waktu saya sakit...sejuk hati ini mendidik....

antara ucapan mereka yang saya ingin titipkan sebagai kenang-kenangan di sini.

"slmt hari guru&hari ibu.halalkan sgla ilmu y cik bg kpd sy slame sy d sini.kalo ade wt trase ati cik arap cik maafkn ek. doakn kjayaan sy. dr humairah"

"Askum..pn, SELAMAT HARI GURU...trimo kasih sb sdi ajr sy..halalkn sgla2nye,maafkn sy lau da wat pn trase.."

"Salam...Selamat hari guru. segala ilmu yg dcurahkn x kan sy persiakn. akan saya kenang sampai bila2. d harap khidmat puan d sini akan terus d perlukan. sy sentiasa doakn kesejahteraan d dunia&akhirat...segala jasamu akn kami kenang"

"selamat hari guru..semoga hidup sentiasa dberkati n drahmati olehNYA amin. t/kasih puan krn sntiasa bri tunjuk ajar pa kami. ucapan ikhlas Siti (sem 3a)"

"Selamat hari guru. semoga cik dlm keadaan chat n walafiat. jgn lupa pd ank didikmu yg sentiasa sokong kerjaya cik demi membimbing ke arah kecemerlangan. from alif arif"

begitulah titipan-titipan dari msg mereka untuk saya...sesungguhnya saya terharu dengan ucapan mereka dan berbangga dapat mendidik mereka...saya doakan agar semua sentiasa sihat dan dalam lindunganNYA...terima kasih

wassalam

Sunday, May 13, 2007

Termimpi-mimpi



salam semua...

saya sebenarnya terkilan kerana hajat untuk ke pesta buku tu tak kesampaian, nak buat macam mana ada perkara lebih penting yang patut di selesaikan sebenarnya saya ke KL...jadinya tak nak hancurkan hati ramai orang, saya terpaksalah hancurkan hati saya ni...hehehe...sedihnya...tapi takpelah...pengorbanan sayapun untuk orang yang tersayang juga...

sehingga sekarang saya terbayang-bayangkan suasana pesta tu sehinggakan terbawa-bawa dalam mimpi...berjumpa Aina Emir di KarnaDya....berjumpa dengan rakan-rakan blogger ...dalam mimpi saya, saya seorang penulis terkenal...hehehe... tapi itu semua dalam mimpi...tak ada maknanya...melihat susunan buku-buku yang bertimbun banyaknya sangat teruja bagi saya...seronoknya....mungkin minat saya terlalu mendalam dan keinginan saya terlalu tinggi membuatkan suasana itu hadir dalam mimpi saya......moga di tahun akan datang saya di beri peluang dan kesempatan..

wassalam

Monday, April 30, 2007

CuTi Rehat ..


hehehe...esok dah bermula cuti sampailah hari isnin, hari selasa baru masuk kerja balik....bestnya kalu dapat cuti lama-lama camni...sebenarnya kita ni nak ke KL ari sabtu ni, kebetulan sebenarnya nak menghantar mertua ke umrah...kata orang alang-alang celuk pekasam biar sampai ke pangkal lengang....sambil menyelam kita minum air betul tak... jadi minta-mintalah sempat ke PWTC tu....nak juga cari buku-buku yang patut...kalau nak mengharapkan buku kat Terengganu ni alamaknya buku tu yang berulat dulu bukan kita yang jadi ulat buku...
nak juga rasanya berjumpa dengan penulis terkenal macam aina emir atau mimie tu sebab saya selalu juga beli buku dia.....tapi kalau tak jumpapun takpelah...dapat beli bukupun dah seronok....tapi sebenarnya ada dua buah buku lagi tak sempat nak habiskan, nak menambahkan koleksi lagi...tu yang hubby duk membebel tu....mmm..oklah selamat bercutilah kepada yang bercuti...

wassalam




Wednesday, April 25, 2007

Monday, April 23, 2007

KaDaNg KaLa

Kadang kala
ketika kita menangis
tiada orang nampak tangisan kita

Kadang kala
ketika kita sedang menderita
tiada orang nampak derita kita

Kadang kala
ketika kita risau
tiada org nampak kerisauan kita

Kadang kala
ketika kita gembira
tiada org nampak kegembiraan kita


tapi KENTUT!! Sekali je cukup....

Semua orang tau!!Hahahaha!!GOTCHA!!!

Sunday, April 22, 2007

KeBaKarAn TeRbUkA


Dua tiga hari ni cuaca kurang baik, ditambah pula dengan manusia2 yang tidak pandai menimbang situasi...kelam rumah saya bila waktu malam...tak tahu dari mana datangnya asap yang berkepul2 yang boleh menyesakkan nafas...akibat dari pembakaran terbuka.....lemah terasa jiwa ni bila waktu panas sebegini ada yang sanggup membuat pembakaran tampa menghiraukan alam sekitar...bayangkan tiap pagi saya terpaksa berhati2 memandu dengan keadaan jerebu dan ditambah pula mata saya ni kurang sihat, rabun ayam gitu....

bila menjelang malam sahaja asap mula berkumpul dan memenuhi ruang rumah....waktu pagi pula jerebu dan bila masuk pukul 9 panas sudahpun mencecah lebih 32 darjah....dalam keadaan panas ni ada juga manusia yang sanggup membakar tempat pembuangan sampah tu hingga ramai yang sesak nafas......kesannya bukan sehari dua...tetapi dah masuk seminggu macam ni.....pening dan sakit kepala dibuatnya...geram...

wassalm

Tuesday, April 17, 2007

Alahan...

Alhamdulillah...

mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak sebenarnya bukan kerja senang...sebenarnya situasi ini baru saya rasai kerna semasa mengandung anak pertama saya tidak rasa terbeban mengandung...kerana sedikitpun saya tidak rasa alahan dan muntah2...tapi entah kenapa bila mengandung anak kedua ni, berbagai2 rintangan dan perubahan berlaku pada diri...yang teramat pedih bila nak mengeluarkan segala makanan yang dimakan sehingga mengeluarkan minyak yang pahit dan menyeksakan....aduh...

sekarang usia kandungan saya dah masuk dua bulan lebih...tapi sesungguhnya saya dah penat...tak tahan.."Ya Allah kurangkanlah segala dugaan dan rintangan dibahuku"...

baru sekarang saya mengerti penderitaan ummi yang melahirkan 10 orang anak...kata ummi, semasa mengandung dia langsung tak sentuh nasi, hanya beralaskan roti, sehinggalah kandungan berusia enam bulan...itulah yang saya rasa sekarang....betapa nikmatnya bila melihat orang makan dengan berselera sedangkan kita bukan saja melihat malahan berbau makanan atau lauk pauk sahaja sudah terasa nak memuntahkan segala macam sisa-sisa yang sebenarnya sudah tidak tersisa dalam perut..sakitnya, pedihnya...itulah dugaan Tuhan buat wanita yang sememangnya lebih tabah dan kuat...InsyaAllah....

kepada ibu-ibu, tabahlah menghadapi dugaan ini kerana sesungguhnya kita akan rasa gembira dan tersenyum puas saat anak itu dilahirkan..bersyukurlah kerana kita dianugrahkan Allah merasai nikmat ini....

wassalam

Thursday, April 12, 2007

Pastikan




1)
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

(2)
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

(3)
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini


Ulang Chorus

Thursday, April 05, 2007

PANTANG WANITA

KAUM ADAM KENA BACA NI..

ADAM... USAH BERMEGAH SEBAB HAWA MENYAMPAH!
Oleh
Noor Azlin Sukri


KAUM lelaki yang ingin memperbaiki komunikasi dan hubungan mereka dengan kaum wanita patut mengetahui perkara-perkara yang menjadi pantang wanita, antaranya seperti berikut:

Wanita bingit apabila lelaki...

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, 'buka pintu', 'buat kopi', 'angkat kasut' dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti 'boleh tolong buatkan kopi...' dan 'tolong buka pintu tu...'.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata 'gurau pun tak boleh.'

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang 'buat dak' terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Dari itu, jika lelaki peka akan pantang kaum wanita, rasanya banyak peperangan mulut, perang dingin dan kes mogok dan merajuk dapat dielakkan.

Nota: Penulis ialah siswazah Psikologi Amali, Universiti Southern Queensland dan juga ibu tiga anak.

Monday, March 19, 2007

Dasyatnya Neraka :

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi Salallahu Alaihi Wassalam pada waktu yg ia tidakbiasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh NabiSalallahu Alaihi Wassalam:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar,dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu Nabi Salallahu Alaihi Wassalam bersabda:"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam,maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akanmati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yangdihujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi Salallahu Alaihi Wassalam bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."

Tanya Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam.: "Siapakahpenduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa Alaihis Salam serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima : orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam sehingga ditanya:"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi Salallahu Alaihi Wassalam jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi Salallahu Alaihi Wassalam di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar Nabi Salallahu Alaihi Wassalam bersabda: "Ya Jibrail,sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian Nabi Salallahu Alaihi Wassalam menangis, Jibrailjuga menangis. Kemudian Nabi Salallahu Alaihi Wassalam masuk kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Sunday, March 18, 2007

Dunia Penulisan



dalam dunia penulisan, kadang-kadang kita bermain dengan realiti kehidupan dan sedikit sebanyak menambah fantasi yang menyedapkan jalan cerita...

membaca membuatkan kita semakin matang melayari kehidupan...kekadang terbayang betapa bertuahnya andai tulisan kita menjadi panduan dan pedoman buat mereka yang membaca...terasa nikmatnya andai tulisan kita diterbitkan....tapi untuk mencapai sesebuah kejayaan itu memerlukan banyak pengorbanan, bukan hanya pengorbanan masa, malah ruang-ruang kekosongan yang ada...pengorbanan itulah sukar kita perolehi, andai saya dikurniakan ruang dan masa yang berharga itu insyaAllah akan saya tunaikan janji pada diri saya yang masih belum tertunai.....

keuntungan daripada idea yang baik akan datang andai anda merealisasikan idea itu....

wassalam

Sunday, March 11, 2007

Minggu Aktiviti

bersempena minggu aktiviti yang dijalankan di IKM besut ni, beberapa pertandingan seperti pidato, bahas, dikir barat dan pentomin telah diaturkan untuk memberi ruang kepada semua pelajar menunjuk atau menonjolkan bakat yang terpendam disamping memupuk kerjasama antara kumpulan, sesama pelajar dan juga tenaga pengajar.

keakraban dan kerjasama ini mampu memupuk sifat-sifat murni dan memberi ruang kepada pelatih supaya lebih bersifat terbuka.

Namun disebalik kesan yang positif itu sudah pastinya akan terpancar sifat yang negatif. yang mengambil bahagian akan enjoy dengan aktiviti yang dijalankan tetapi bagaimana pula yang tidak mengambil bahagian? kesudahannya pelatih terbiar dan terpancarlah sifat2 negatif antara sesama mereka. Disini pentingnya pegawasan daripada tenaga pengajar, jangan pula tenaga pengajar pula yang leka mengambil kesempatan tidak turun padang...

kesimpulannya Minggu Aktiviti yang diadakan untuk memeriahkan keadaan yang sepatutnya memberi nilai-nilai murni pada pelatih akan menjadi cacat dek kerana segelintir pengajar yang langsung tidak ambil 'pot' tentang aktiviti yang dijalankan.

wassalam

Tuesday, March 06, 2007

cerita terbaru saya


assalamualaikum...



sudah sekian lama saya menyepi....terlalu banyak faktor yang menghalang saya untuk terus menulis dalam blog ni...alhamdulillah sekarang semuanya dah kembali seperti sedia kala...


sebenarnya baru-baru ni...lebih kurang sebulan yang lalu saya dimasukkan ke wad disebabkan demam yang tinggi yang mencecah 36 darjah...disamping itu juga...air kencing saya didapati mempunyai kandungan kuman yang tinggi....


ceritanya begini....saya tak tahan dengan simton sakit pinggang dan kencing tidak lawas...saya tahu waktu tu saya demam tapi masih boleh bertahan cuma yang saya tak tahan bila kesakitan menyerang pinggang....suami saya terus bawa saya ke unit kecemasan...waktu itulah saya baru sedar yang saya demam panas dan air kencing saya kotor.....


saya terpaksa ditahan di wad kerana bimbang kuman merebak ke buah pinggang....alhamdulillah sekarang saya beransur pulih...banyak petua dan pantang larang orang tua2 pada saya....


sepanjang saya berada diwad tumpuan saya terganggu..suami saya pula ambil cuti rehat...macam dia pula yang sakit..kesian lak dia terpaksa kehulu kehilir bersama anak saya yang semakin nakal, peniing kepala saya dengan gelagak 2 hero ni, sorang dah bergelar bapa tapi perangai masih macam budak2 yang si anak lak berlagak macam dah besar......ummi lak waktu tu demam namun masih mampu menjenguk saya di hospital besut ni...kesian lak sebenarnya kami dah berpakat waktu tu nak mengacau syura di rumah ummi wallid saya di kampung.....time tu awal muharam...


selepas keluar dari wad..saya mengambil cuti rehat....dan sekembalinya saya ke ofis internet not connected ada problem pada firewall....lebih kurang 2 minggu baru dapat bula email balik...sepinya dunia ni tanpa internet....mmmm


oklah...nanti sambung balik...


wassalam

Thursday, January 18, 2007

semangat luntur



semangat dan kekuatan yang ada pada diri kekadang dilemahkan oleh anasir-anasir luar yang seakan membunuh hasrat dan keyakinan diri. semakin jauh berlari, semakin ia menghampiri. Ketabahan dan kesabaran hati ini teruji.

semakin hari semakin luntur hasrat saya untuk menulis. di tambah lagi bila ditegur oleh ketua jabatan yang asyik melihat saya menulis. "better you wrote something for your student." walaupun sesingkat itu dia mengatur ayat namun ia cukup melemahkan semangatku untuk meneruskan karyaku yang tak sudah-sudah. teringin juga melihat karya sendiri diterbitkan...mmmm..

mungkin juga tempat dan keadaan ini tidak mengizinkan aku untuk terus menulis. namun salahkah aku menulis diwaktu yang terluang daripada aku bersembang kosong tiada tujuan?

bosannya bila diri diperhatikan.

wassalam
kabur....semakin kabur.

Tuesday, January 02, 2007

1 January 2007

bersempena hari raya kedua korban. kami sekeluarga berpakat ke tempat perkelahan tidak jauh dari rumah.

kami sekeluarga gembira menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan dan tidak terlintas akan berlaku insiden ini pada keluarga. Mujurlah Tuhan masih panjangkan usianya. Semalaman saya tidak dapat tidur lena kerana kejadi berlaku didepan mata kami.

Selepas mambakar sate dan menjamah makanan yang dibawa kami masing-masing mandi. saya adik beradik memang seronok mandi di kawasan perkelahan itu. Dan rancangan itu sudah lama di atur supaya kami dapat berkumpul bersama-sama.

Kami terperanjat dengan laungan kak long bila melihat suaminya terkapai2 dalam air. Kami sendiri tidak tahu yang air di situ mengalir deras dan dalam. dan tempat kami mandi tidak jauh dari situ. saya melihat macammana tangan abg ipar saya menegak kedua belah tangan seolah-olah mahu semua menyedari yang dia semakin tenggelam. kepalanya memang sudah hapus, yang tinggal hanya tangan separas lengan. saya tercengang sepertimana adik-adik saya serta suami saya yang tidak dapat menolong sebab dia sendiri tidak pandai berenang seperti mana saya. sedikit demi sedikit tangan abang ipar saya tenggelam sehinggalah ke pergelangan tangan barulah kami terfikir memanggil seseorang. kami terpaku waktu itu. mulut saya sendiri terkunci, kak long memanggil abg saya yang hanya tahu berenang tapi tidak cukup pengalaman. namun abang saya gagahi juga berenang ke arah abang ipar saya. malah keadaan makin buruk sebab abang ipar saya terlalu memegang dengan kuat menyebabkan kedua-duanya tenggelam dan hampir lemas. kami semakin cemas kerana kedua-duanya pula hampir lemas. wallid yang dari tadi tidak menyedari apa yang berlaku terus menyelam ke dalam air dan cuba melepaskan abang saya dan menolak abang ipar saya ke darat. abang ipar saya muncul sekejap dipermukaan air namun tenggelam disebabkan arus yang terlalu laju dan berpusar. wallid pula tenggelam sekejap dan muncul mengumpul tenaga. saya jadi takut sebab wallid dah separuh abad. tenaganya sudah tidak kuat, abang saya pula terpaksa menenangkan kembali keadaanya supaya dia tidak panik. disebabkan dia sudah tahu berenang dan kami lihat dia semakin kembali tenang, tumpuan kami pula kembali kepada abg ipar saya.

datanglah seorang hamba Allah yang mencapai tangan abang ipar saya dan menarik ke kawasan yang lebih cetek. hanya beberapa depa dari kami. kawasan kami mandi dengan kawasan itu hanya beberapa kaki dengan kami. kami bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memanjangkan usia kami sekeluarga. selepas itulah kami baru berasa lega.

kami terkedu dan tidak sangka dia masih tenang. sebab dalam masa 5 minitpun kita boleh lemas. kami terus berkemas pulang dan bersyukur pada Allah kerana semuanya masih selamat.